Skip to main content

Sejarah Kain Kapas Yang Tidak Ramai Tahu

Sejarah Kain Kapas

Comfy Cosy bermula

Bidang tekstil ini bukanlah bidang yang saya tahu dengan mendalam. Apabila Comfy Cosy baru bermula pada tahun 2016, saya spend banyak masa untuk membaca tentang industri tekstil. Saya juga baca tentang pelbagai jenis fabrik selain fabrik kapas atau lebih famous, orang panggil kain "cotton". 

Sejarah 

Sejarah kain kapas adalah antara topik yang menarik minat saya. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Quite interesting juga. 

Jika diikutkan, topik sejarah ni bukanlah topik favourite masa kat sekolah dulu. Masa sekolah menengah saya selalu fikir, susahnya nak hafal fakta fakta sejarah ni... Selalu kena put extra effort kalau nak score dapat A1 masa form 5.Tapi bila dah umur semakin dewasa ini, baru saya realize banyak perkara penting yang boleh belajar dari sejarah.

Ok, back to sejarah kain kapas. Sejarah kain kapas boleh kata lebih kurang sama dengan sejarah peradaban manusia. Tamadun Mesir dan Tamadun Indus adalah antara Tamadun awal manusia selain Tamadun Mesopotamia dan Tamadun awal di China. Di sekitar Sungai Nil dan Sungai Indus, (lokasi tamadun awal manusia) ada bukti yang menunjukkan kapas ditanam, dijadikan benang, ditenun jadi kain dan seterusnya dibuat baju. 

Bila fikir, dah lama kain kapas ni jadi pakaian manusia. Sampailah harini ini, kain kapas adalah fabrik dari sumber tumbuhan yang utama di dunia. Maknanya boleh kata, kain kapas ni sesuai untuk pakaian kita kan.. sebab itulah dari dulu hingga sekarang ia tetap digunakan sebagai pakaian sehari hari. 

Bermulanya Perdagangan Kain Kapas 

Kalau sebut kain kapas, orang akan teringat English Cotton. English Cotton dikenali ramai. Kainnya sedikit kesat. Coraknya pun ramai yang rasa familiar. Corak bunga ros, siapa suka?  
Tapi bila saya baca sejarah kain kapas ni, ia bukan bermula di benua Eropah tetapi dari negara Arab. Pedagang Arah yang memperkenalkan kain kapas ke benua Eropah pada tahun 800 A.D. Bukti penanaman kain kapas juga ditemui di Amerika sekitar tahun 1400. Selepas tahun 1500, kapas sudah terkenal di seluruh dunia.

Revolusi Industri

Ingat tak dulu kita pernah belajar pasal revolusi industry di Eropah? Ha.. Revolusi ini antara yang menyebabkan peningkatan tekstil kain kapas yang ketara. Ia membuatkan proses penghasilan textile dari bentuk asal kapas ini lebih cepat dan mudah.
Kapas ni asalnya ada biji-biji. Jadi mula mula kena asingkan biji. Proses ni awal dulu buat secara manual. Ia memakan masa yang lama. Ada juga alat, digunakan di India, dipanggil handheld roller gin.
Kemudian penciptaan mesin yang dipanggil cotton gin oleh Eli Whitney membuatkan proses ni boleh dibuat dengan jauh lebih laju! Jadi proses penghasilan benang dan tekstil juga lebih efficient. Lebih banyak kain dihasilkan.
Sekarang? Sekarang pastilah mesinnya sudah jauh lebih efficient.

Proses Pintalan Benang

Kapas yang diasingkan akan dipintal menjadi benang. Menarik sejarah ni. Ada pelbagai jenis mesin pintal di seluruh dunia. Mesinnya nampak simple. Banyak gambar, tapi mostly nampak wanita yang buat aktiviti pintal benang ni. 
Tekaan saya, aktiviti pintal benang ni satu aktiviti rutin yang dibuat ramai wanita di mana sahaja pada zaman dahulu. 

Dari sudut sejarah, mesin pintal yang paling jelas gambaran--> datang dari Tamadun Islam pada kurun ke 11. Selain itu, yang saya tertarik... Rupanya Mahatma Gandhi pun pandai pintal benang! Siapa ingat pakaian Mahatma Gandhi dulu? Kain kapas warna putih kan? Rupanya ia ada makna tersendiri. Dia memperjuangkan tradisi orang India dan menolak pengaruh budaya barat, dengan memilih kain kapas warna putih. 
Back to its story, apabila tercipta mesin untuk pintal benang ini, industri ini berkembang laju sekali! Hinggalah sekarang sudah banyak kemajuan dalam bidang tekstil ini.

Kualiti textile yang terhasil juga amat dipengaruhi oleh kemajuan dalam bidang ini. Sebab itulah ada pelbagai jenis dan kualiti dan harga kain kapas di pasaran sekarang.

Pengetahuan tentang sejarah dan proses penghasilan kain ni membantu kami secara langsung dan tidak langsung dalam memilih kain-kain kapas yang lebih baik kualitinya.

Jumpa lagi ya, salam mesra, 
Safiya

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Bolehkah Lelaki Pakai Baju Sutera?

Ini Kisah Batik Sutera  Semalam saya pergi survey ke salah satu kedai pengeluar batik yang terkenal di Terengganu.  Jauh juga perjalanan nak ke sana. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah kami. Saya cari lokasi ni dari google, jumpa Fb Page. Lihat alamat di situ dan lokasi yang diberikan. Rupanya alamat tersebut menghantar kami ke rumah mereka. Saya cuba lagi cari alamat, Alhamdulillah akhirnya bertemu juga. Kami tiba kira kira jam 6.15 petang. Rupanya kedai ini biasanya ditutup jam 5 petang. Tetapi hari tersebut mereka tutup lambat kerana ada customer yang datang buat tempahan. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat bertemu dengan Puan pengusaha kedai ini. (biasanya Cuma staff sahaja yang jaga kedai).. lega rasanya selepas datang dari jauh bersama sama anak-anak kecil.   Kisah di Kedai Saya terus masuk ke kedai. Saya, "saya berminat nak tengok batik sutera " Pengusaha, "Sutera... lelaki tak boleh pakai ya, saya kena beritahu ni.. JAKIM baru kelua