Sutera, secara semula jadinya adalah fiber yang kuat dan keseriannya mampu bertahan lama jika tepat cara jagaannya. Sesetengah sutera hanya boleh dicuci kering sahaja, akan pudar atau mengecut jika dicuci tangan.Manakala ada juga yang boleh di cuci tangan tetapi perlu dengan berhati-hati.
Pada post kali ini, kami ingin berkongsi cara jagaan
kain sutera anda supaya ia kekal ekslusif seperti baru di beli.
CARA BASUHAN TANGAN UNTUK SUTERA
- Gunakan sabun khas untuk pakaian sutera (sabun organik atau yang tidak pekat), dan bekas basuhan yang bersih.
- Gosokkan kain 3-4 minit dengan perlahan-lahan.
- Jangan sental atau perah kain anda.
- Basuh kain tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sabun.
- Campurkan separuh penutup cuka putih dengan satu besin air, dan gunakannya untuk membilas kain sutera anda.
 |
Selain untuk memasak, cuka putih juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian. |
Tips
- Jangan sesekali menggunakan
peluntur.
- Jika tiada pencuci baju yang sesuai, anda juga boleh gunakan syampu bayi.
- Campurkan setitis kondisioner kepada air bilasan untuk menyuburkan fiber sutera.
- Jika terdapat kotoran, gosok dengan perlahan-lahan kawasan yang terkesan,basuh dan keringkan secepat mungkin.
CARA MENGERINGKAN KAIN SUTERA
- Hamparkan kain sutera anda di atas sehelai tuala.
- Gulung tuala tersebut untuk mengeringkan baki air yang ada.
- Jemur kain sutera anda menggunakan penyangkut yang tahan karat, di tempat yang kering dan sejuk.
Tips
- Jangan sesekali
memerah kain sutera.
- Jangan menggunakan
mesin pengering kerana suhu panas boleh merosakkan kain.
- Jangan menjemur kain sutera di bawah
cahaya matahari secara langsung kerana ia boleh memudarkan warna kain.
CARA MENYETERIKA KAIN SUTERA
- Gosok kain sutera sementara iamasih lembap, atau belum kering sepenuhnya.
- Alaskan sehelai kain diatas kain sutera tersebut.
- Setkan seterika pada set 'sutera' atau pada suhu rendah.
- Atau mudahnya, anda boleh menggunakan seterika berwap/steam iron
CARA MENYIMPAN KAIN SUTERA
- Keringkan kain sutera.
- Gantungkan kain sutera di dalam sarung kain kapas, di tempat yang sejuk dan kering, dan jauhkan dari cahaya matahari.
- Jangan simpan kain sutera anda di dalam bekas pakaian plastik.
 |
Arahan jagaan sutera pada label baju - contoh. |
Nampak susah bukan untuk menjaga sutera? Tetapi anda pasti tidak akan menyesal dengan hasilnya!
------------------------------
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami di pautan ini;
Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com