Skip to main content

Bolehkah Lelaki Pakai Baju Sutera?

Ini Kisah Batik Sutera 

Semalam saya pergi survey ke salah satu kedai pengeluar batik yang terkenal di Terengganu. Jauh juga perjalanan nak ke sana. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah kami.

Saya cari lokasi ni dari google, jumpa Fb Page. Lihat alamat di situ dan lokasi yang diberikan. Rupanya alamat tersebut menghantar kami ke rumah mereka.

Saya cuba lagi cari alamat, Alhamdulillah akhirnya bertemu juga. Kami tiba kira kira jam 6.15 petang. Rupanya kedai ini biasanya ditutup jam 5 petang. Tetapi hari tersebut mereka tutup lambat kerana ada customer yang datang buat tempahan. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat bertemu dengan Puan pengusaha kedai ini. (biasanya Cuma staff sahaja yang jaga kedai).. lega rasanya selepas datang dari jauh bersama sama anak-anak kecil. 

Kisah di Kedai

Saya terus masuk ke kedai.

Saya, "saya berminat nak tengok batik sutera "

Pengusaha, "Sutera... lelaki tak boleh pakai ya, saya kena beritahu ni.. JAKIM baru keluarkan kenyataan" 

Saya hairan. Saya bukan cari sutera untuk lelaki. 

Saya, " Oh sutera ni semua sutera original ke?"

Pengusaha ," Ya, yang kami keluarkan kat sini semua sutera original dari ulat sutera.. 100% sutera.. Baik kain sutera crepe, sutera satin...atau jenis lain-lain, semua sutera kat sini lelaki tak boleh pakai.."

Bersungguh sungguh dia menerangkan. Saya yang mulanya cuma nak tanya pasal kain sutera wanita jadi semakin berminat nak tanya.

Saya, " ada ke sutera yang lelaki boleh pakai?"

Pengusaha "kalau campuran tapi 60% sutera tak boleh. Tapi kalau campuran 49% sutera lelaki boleh pakai" terang dia lagi 

Saya, " Kena kurang dari 50%?"

Pengusaha "ya" 

Saya berjalan lagi dalam butik tersebut. 

Saya, " eh ni ada kemeja sutera?" Saya hairan. 

Pengusaha ,"ya.. ada sikit lagi.. Sayang... takkan nak buang.. Kenyataan JAKIM baru sahaja keluar. Tu pun tidak dihebohkan dalam semua media. Cuma keluar di Sinar Harian sahaja. Kami tak buat kemeja sutera yang baru dah. Cuma stok yang sedia ada ni kami masih jual. Tapi kami akan beritahu customer lelaki tak boleh pakai sutera. Terpulang pada mereka sendiri." 

Saya, "tak apa..boleh jual pada orang Cina " kata saya nak sedapkan hati beliau. Jelas nampak kerisauan di wajahnya. 

Saya lihat lihat lagi. Saya beritahu berminat nak survey sutera untuk wanita.
 
Pengusaha "kami dah tak buat sangat sutera sekarang.. Jualan sutera agak perlahan. Kami jual sutera exclusive. Setiap satu corak hanya ada satu. Unik. Ia dibuat dengan berhati hati untuk jaga kualiti. Proses pembuatan batik sutera canting rumit. Handmade. Ia mahal. Ia tidak boleh nak jual dengan harga murah." 

Panjang lebar penerangan dari beliau.

Saya lihat harga kain sutera yang ada. Ya, memang mahal berganda berbanding cotton

Pengusaha, "So sekarang kami banyak buat batik cotton. Permintaan untuk cotton jauh lebih tinggi." sambung dia lagi 

Saya lihat contoh baju yang dah siap. 

Abaikan wajah yang keletihan selepas keluar rumah dari awal pagi dan tudung yang penuh cop tangan anak-anak saya.
Pengusaha, "Setiap satu baju ni unik. Warna tak sama. Corak tak sama. Setiap satu corak unik dan tak sama dengan yang lain" terang beliau lagi bersungguh-sungguh. 

Saya cuba salah satu baju cotton ni. Best juga! tapi yang buat rasa special tu sebab ia unik tak sama dengan yang lain. 

Puan Pengusaha bawa saya lihat lebih banyak kain-kain yang ada. Alhamdulillah puas hati dapat lihat sendiri dan dapat penerangan yang jelas dari beliau. Tapi salah satu perkara penting yang saya belajar dalam lawatan tersebut ialah tentang hukum memakai sutera bagi lelaki.

Sebelum ini ramai juga yang bertanya jika lelaki boleh memakai sutera campuran? Ini Kerana Comfy Cosy memang jual sutera campuran ( sutera+cotton). 
Kain yang dijual ini komposisinya lebih kurang begini - 60 % sutera, 40 % cotton. Ini bermakna lelaki tidak boleh memakai sutera ini. Lelaki hanya boleh pakai sutera yang komposisinya kurang dari 50% ( maknanya fabrik lain yang dicampurkan lebih banyak berbanding sutera). contohnya sutera 40% + kain kapas 60% <--- begini lelaki boleh pakai walaupun sutera itu sutera yang asli, (asalkan komposisnya <50%)

Kain kapas corak batik 

Kami cadangkan lelaki untuk pakai kain kapas (cotton) jika berminat untuk kain kapas. Ia selesa dan boleh ditempah dengan corak yang exclusive. Jika nak buat tempahan pukal 10 dan ke atas ada harga yang istimewa, di samping corak pilihan sendiri. Boleh terus hubungi cik Azrin  017 932 2981 untuk maklumat lanjut.

Bagi yang akan membuat kenduri kahwin dan nak buat baju sedondon untuk sekeluarga mengikut warna tema dan motif pilihan sendiri pun boleh. Hubungi kami untuk berbincang. Kami ada Pakej Istimewa “Pakej Sedondon Premium Custom Design” bernilai RM1500 untuk 10 pasang kain cotton span berkualiti tinggi dengan corak batik yang sedondon. Harga asal setiap kain ini ialah RM190 (10 helai RM1900- harga beserta pos), jadi boleh jimat 400 jika buat belian secara pukal. Hubungi kami untuk bertanya lebih detail ya

Azrin  017 932 2981
Azrin  017 932 2981
Azrin  017 932 2981

#abstextile 
#comfycosy 

Comments

  1. Terima Masih berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  2. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.