Skip to main content

Pemenang Contest Raya Comfy Cosy

Pemenang Contest  Raya Comfy Cosy

Jeng jeng jeng berakhir sudah contest raya comfy cosy. Alhmdulilah sambutan yang diberikan begitu membanggakan kami pihak comfy cosy. Terima kasih kepada semua yang menyertai contest raya comfy cosy ini.  

Hadiah pemenang contest raya comfy cosy ini berupa voucher pembelian yang bernilai RM 200 kepada pemenang. Pemenang dilihat melalui berapa banyak bilangan like, share dan slogan yang menarik.  


Pemenang Tempat Pertama 


Ini adalah antara pemenang bagi contest raya comfy cosy. Gambar yang menarik dan fabrik yang dipakai adalah vietnam silk ixora dari comfy cosy. Dan slogannya pula : 
    
"Comfy Cosy pilihanku di aidilfitri kerana memberi aura yang cantik,anggun,selesa dan berseri dari pagi ke dinihari."



Highest Engagement

Pemenang bagi contest raya comfy cosy yang mempunyai engagement tinggi dalam facebook. Dalam-dalam peserta , peserta ini paling banyak like dari orang ramai iaitu sebanyak 94 Like.Dengan slogan : 

  " Comfy cosy pilihan di aidilfitri kerana membangkitkan keceriaan ,keselesaan ,keanggunan dan semangat aidilfitri dalam diri kami sekeluarga disamping membantu menjaga keselesaan kulit "


 Slogan Kata Yang Menarik

Pemenang bagi slogan kata yang menarik . Slogan menarik : 

" Comfy cosy to United Kingdom , Alhmdulilah berakhir sudah misi sambungan Ma Abah ke Bumi UK sempena konvokesyen adik di Uni  Edinburgh. Lupa nak update hari tu Ma berseri semasa hari konvokesyen. Nak tahu pakai kain apa, vietnam silk dari comfy cosy yang kami anak-anak hadiahkan sempena hari ibu yang lepas. Memang terharu sangat . Tak sangka ma dah jahit bawa dan siap pakai semasa hari konvo.Perasan tu pun masa buat video cal sehari sebelum konvokesyem dekat belakang dah siap bergosok,terus tanya "Ma kain gapo berkilat2 belakang tu ,cantiknya. 3D gitu. Tapi memang dan agak dah kain hari tu. MasyaAllah. Cantikkk betul. Ha hasilnya dah macam Mak datin dah. Alhmdulilah selesa digayakan di bumi sejuk. Terima kasih Ma sebab rasmikan kain comfy cosy di bumi bertuah UK. Ada rezeki boleh tambah koleksi lagi in sya Allah. Comfy cosy pilihan buat ibu kami di Aidilfitri kerana kainnya yang sangat selesa ,ekslusif dan rare sangat .Terima kasih ma siap bawadan rasmikan baju ni di Bumi UK"



  Pemenang Saguhati 1

Pemenang saguhati untuk contest comfy cosy . Mengayakan english cotton. Sungguh kretif design baju yang dijahit. 



Pemenang Saguhati 2  


 

Pemenang Saguhati 3  


Pemenang Saguhati 4  


Pemenang Saguhati 5 


Pemenang Saguhati 6 




Berikut adalah senarai pemenang-pemenang bagi contest raya comfy cosy. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Jangan lupa sertai lagi contest-contest sebegini selepas ini.

Salam Sayang 

Reen


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Ju...

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Tips Penjagaan Sutera Supaya Tahan Lama

Sutera, secara semula jadinya adalah fiber yang kuat dan keseriannya mampu bertahan lama jika tepat cara jagaannya. Sesetengah sutera hanya boleh dicuci kering sahaja, akan pudar atau mengecut jika dicuci tangan.Manakala ada juga yang boleh di cuci tangan tetapi perlu dengan berhati-hati. Pada post kali ini, kami ingin berkongsi cara jagaan kain sutera anda supaya ia kekal ekslusif seperti baru di beli.   CARA BASUHAN TANGAN UNTUK SUTERA Gunakan sabun khas untuk pakaian sutera (sabun organik atau yang tidak pekat), dan bekas basuhan yang bersih. Gosokkan kain 3-4 minit dengan perlahan-lahan. Jangan sental atau perah kain anda. Basuh kain tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sabun. Campurkan separuh penutup cuka putih dengan satu besin air, dan gunakannya untuk membilas kain sutera anda. Selain untuk memasak, cuka putih juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Tips Jangan sesekali menggunakan peluntur . Jika tiada pencuci baju yang sesuai,...