Rabu , 4Julai.2017
Saya ke klinik pergigian untuk membuat pemeriksaan
gigi saya yang sering sakit sejak
kebelakangan ini. Sebut sahaja klinik
pergigian memang tak lekang dari orang ramai. Ramai yang amat orang di sana. Tak
silap saya , saya sampai di klinik itu awl pagi dan mind set saya mesti tiada
orang lagi pada masa itu tapi mind set saya rupanya salah, pada masa saya tiba
di klinik itu orang sudah penuh memenuhi ruang klinik. Saya macam biasa dengan muka
jemu dan bosan mengeluh sebab saya tahu saya akan kebosanan memandangkan orang
yang ramai di klinik itu.Saya pun memasukkan ic saya untuk membuat
pendaftaran. Sekejap kemudian saya dipanggil oleh seorang nurse.
Nurse : Dik pernah tak datang klinik ni ?
Saya : Pernah.
Nurse : Ok dik, duduk dulu yee nanti saya panggil.
Saya pun duduk ditempat yang disediakan untuk
menunggu. Tak berapa lama kemudian nurse pun panggil nama saya kembali.
Nurse : Dik masuk dalam bilik ini yee.
Saya : Ok. ( Ikut arahan nurse itu)
Nurse : Dik ada apa-apa penyakit tak sebelum ini?
Kencing manis ke? Darah tinggi ? jantung ke?
Saya : Hah? (muka terkejut) tak ada lagi saya rasa,
kenapa yee?
Nurse : Ohh, tak ada apa-apa saya Cuma ingin tahu. (
Lalu nurse itu memeriksa tekanan darah saya)
Saya : Okay.
Nurse : Adik belajar lagi atau sudah bekerja?
Saya : Saya sudah bekerja sekarang.
Nurse : Kerja kat mana yee? Keje apa?
Saya: Kerja dekat tok jembal, saya buat marketing.
Jual kain pasang online.
Nurse : Kain pasang ? ( muka ingin tahu )
Saya : iyer kain pasang. Banyak jenis juga kain
pasang saya jual , ada English cotton, Japanese cotton, sutera Vietnam dan
banyak lagilah.
Nurse : Sutera Vietnam? Tak pernah dengar pun. Kain
macam mana itu? (Nurse tu pun membisik-bisik pada kawan dia yang kat sebelah,
yang bernama kak yah. )
Kak Yah : sutera Vietnam? Kak yah tak rajin dengar
lagi sutera Vietnam ini. Kainnya dia macam mana tu? Lau ada sample kak yah nak
tengok.
Saya : Macam ini , (sambal menunjukkan gambar kain
sutera Vietnam ke nurse-nurse tu)
Kak yah :
Cantik corak dia. Ginilah kak yah ni jenis kena tengok kain itu depan-depan.
Adik boleh dating sini lagi untuk tunjukkan kain itu kepada kami.
Saya : ohh, boleh jee. Tak ada masalah. Bila nak
suruh saya datang? Bila free?
Kak yah : Kami free pukul 1. Boleh tak adik mari ?
Saya : boleh in sya Allah. Kalau macam itu kak yah
bagi no telefon ke saya, nanti senang kalau ada apa-apa. (Lalu kak yah itu memberi
no telefon dia ke saya dan saya pun terus balik ke tempat menunggu.
Tungu punya tunggu akhirnya nama dipanggil untuk
membuat pemeriksaan gigi. Tapi hanya periksa gigi sahaja dan doctor bagi
appointment untuk tampung gigi. Geram juga pada masa tu, mana taknya tunggu punyalah
lama, tup-tup suruh datang semula. Tapi bila di fikir-fikirkan balik ramai lagi
yang perlu dirawat. Saya pun pergi ke kaunter untuk mengambil kad temu janji
dan tarikh temu janji saya sebulan akan datang.
Khamis, 5.Julai.2017
Seperti yang dijanjikan keesokannya saya datang lagi ke klinik pergigian itu dengan membawa beberapa jenis contoh kain pasang sutera vietnam dan beberapa pattern lain lagi seperti japanese cotton dan english cotton.
Tepat pukul 1 tengahari saya sampai disana. Sesampainya disana saya terus menghubungi kak yah tu untuk memaklumkan akan kedatangan saya di klinik itu.
Saya : Assalamulaikum kak yah saya da ada depan klinik ni.
Kak Yah : Waaikumusalam dik, Okay dik.
Tak lama selepas itu kak yah datang menghampiri saya. Setelah bersalam-salaman dengan dia sya terus diajak masuk didalam klinik dan kebetulan pada masa itu adalah masa orang tengah rehat jadi tak ada orang yang sakit hanya nurse-nurse dan doktor-doktor gigi sahaja yang ada. Setelah mendapatkan beg yang berisi kain pasang saya terus membawa masuk beg tu kedalam klinik.
Tanpa saya lengahkan masa saya terus mengeluarkan kain-kain pasang yang saya bawa itu keluar dari beg dan lihat beberapa nurse da tak sabar untuk melihatnya. Sehelai demi sehelai saya keluarkan dan lihat diorang memerhati je sambil mulut tak henti-henti memuji akan kecantikkan kain pasang itu.
Saya : Ini ada beberapa jenis kain pasang yang saya bawa , boleh lah tengok yee mana yang berkenan.
Kak Yah : Dik mananya sutera vietnam ? (Muka pernah dengan excited)
Saya : Ohh , ada ( sambil menunjukkan beberapa pattern sutera vietnam yang dibawa)
Di luar jangkaan saya , saya ingatkan diorang ni tak suka akan sutera vietnam tapi pertama kali saya tunjukkan sutera vietnam saya boleh nampak dari segi reaksi diorang tunjukkan dan saya tahu diorang sudah jatuh hati pada sutera vietnam ini. Saya pun menerangankan tentang ciri-ciri sutera vietnam ini.
Tak lama pun saya disana lebih kurang dalam 30 minit akhirnya saya berjaya menjual 1 pasang vietnam silk sakura dan 1 pasang vietnam silk orkid. Ramah-tamah nurse-nurse kat klinik pengigian ni. Terima yee kakak-kakak nurse kerana beli kain pasang dengan saya.
Jika ada sesiapa yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu boleh Hubunngi Reen untuk set appoitment jika berminat untuk melihat kain pasang, reen boleh datang direct ke office.
Dan bagi yang tinggal di luar Kuala Terengganu boleh hubungi Reen di (017-9322981)untuk order atau sebarang pertanyaan berkenaan kain pasang ini.
Untuk pembelian secara online , boleh terus layari https://www.comfycosy.com.my/ untuk melihat corak sutera vietnam yang cantik-cantik.
Tak tahu nak beli secara online ? Tak apa boleh lihat video dibawah
https://www.facebook.com/pg/comfycosy.cc/posts/?ref=page_internal
Akhir kata terima kasih buat akak-akak nurse yang beli kain pasang dengan saya. Jangan lupa like Page FB ya :
Sehingga bertemu lagi di lain waktu.. Assalamulaikum
Dan bagi yang tinggal di luar Kuala Terengganu boleh hubungi Reen di (017-9322981)untuk order atau sebarang pertanyaan berkenaan kain pasang ini.
Untuk pembelian secara online , boleh terus layari https://www.comfycosy.com.my/ untuk melihat corak sutera vietnam yang cantik-cantik.
Tak tahu nak beli secara online ? Tak apa boleh lihat video dibawah
https://www.facebook.com/pg/comfycosy.cc/posts/?ref=page_internal
Akhir kata terima kasih buat akak-akak nurse yang beli kain pasang dengan saya. Jangan lupa like Page FB ya :
Sehingga bertemu lagi di lain waktu.. Assalamulaikum
Comments
Post a Comment