Skip to main content

Comfy Cosy Story : Sutera Vietnam

"Sutera Vietnam? Kainnya itu macam mana tu?. Tak pernah dengar pun. Biasa hanya tahu sutera 
 Terengganu sahaja yang ada. Tak tahu pula ada juga sutera Vietnam ini. Kainnya okay tak? "  



Itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut seorang customer bila bercakap mengenai sutera Vietnam ini. Mereka memang tak tahu bagaimana kain sutera Vietnam. Bila cerita lagi berkenaan dengan sutera Vietnam muka macam tak yakin dengan apa yang diceritakan. Diorang siap kata lagi, boleh tak nak tengok kain itu dulu sebab takut juga nak beli kaing pasang  ni dan pula tu tak pernah pakai lagi kain sutera Vietnam ini. 

Saya : Boleh sahaja puan, tak ada masalah nanti saya bawa dan tunjukkan pada puan. 

Customer : Okay baiklah

Hari yang dijanjikan saya untuk menunjukkan kain sutera Vietnam itu sampailah. Saya bawalah beberapa contoh kain pasang sutera Vietnam ini. Mula-mula diorang tengok kain itu : 

Customer : Ohh, cantic juga coraknya. Kain pun sejuk jee bila dipegang dan warna-warna dia pun cantik. 

Saya : Inilah sutera Vietnam puan, kainnya memang sejuk dan tak panas bila dipakai. Kain ini juga cepat menyerap haba. Maknyanya, puan tak perlu risau isu peluh dan bau badan. 

Customer : Oklah saya cuba dulu satu pasang.  
  
Selepas siap dijadikan baju, saya follow up dari customer itu berkaitan dengan baju yang dia beli itu. 

Saya : Puan, macam mana baju yang puan beli dengan saya baru ni. Ok tak? 

Customer : Ok sangat. Saya sukalah pakai baju ini, tak panas pun malah sejuk jee rasa. In sya Allah nanti saya akan repeat order lagi. Memang puas hati sangat beli kain pasang ini. 


Itulah feedback dari seorang customer yang pertama kali mengenal kain sutera Vietnam ini. Pertama kali sudah jatuh cinta. Nak jatuh cinta kenalah cuba kan. Terima kasih puan atas feedback yang diberikan.  


Keselesaan semua, tanggjawab kami.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Ju...

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Tips Penjagaan Sutera Supaya Tahan Lama

Sutera, secara semula jadinya adalah fiber yang kuat dan keseriannya mampu bertahan lama jika tepat cara jagaannya. Sesetengah sutera hanya boleh dicuci kering sahaja, akan pudar atau mengecut jika dicuci tangan.Manakala ada juga yang boleh di cuci tangan tetapi perlu dengan berhati-hati. Pada post kali ini, kami ingin berkongsi cara jagaan kain sutera anda supaya ia kekal ekslusif seperti baru di beli.   CARA BASUHAN TANGAN UNTUK SUTERA Gunakan sabun khas untuk pakaian sutera (sabun organik atau yang tidak pekat), dan bekas basuhan yang bersih. Gosokkan kain 3-4 minit dengan perlahan-lahan. Jangan sental atau perah kain anda. Basuh kain tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sabun. Campurkan separuh penutup cuka putih dengan satu besin air, dan gunakannya untuk membilas kain sutera anda. Selain untuk memasak, cuka putih juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Tips Jangan sesekali menggunakan peluntur . Jika tiada pencuci baju yang sesuai,...