Skip to main content

Riang Ria Raya Bersama Comfy Cosy

Riang Ria Raya Bersama Comfy Cosy 

Selamat hari raya kami ucapkan kepada semua. Yang mana sudah mulakn kerja selamat bekerja yee. 
Bercerita mengenai raya, raya korang macam mana tahun ini? Raya saya tahun ini sederhana sahaja tetapi amat bermakna. Tahun ini adalah tahun pertama saya dengan comfy cosy. 

English Cotton Menjadi Pilihan Saya 

Tahun ini saya beraya mengenakan english cotton. First empression saya dengan pakaian cotton ialah susah nak digosok dan tak selesa dipakai.  


Ini baju raya saya. English cotton dengan corak bunga-bunga kecil. Warna baby blue. Selepas memakai english cotton tu baru saya tahu kainnya senang sangat digosok dan tak panas. 

Saya pakai baju ini hari raya ketiga dan kebetulan pada hari itu mak sedara saya ada buat rumah terbuka. Saya pergi ke rumah terbuka mak sedara saya pada pukul 12 tengahari. Sebut tengahari memang panas trang trang lah kan. Tapi bila saya memakai english cotton dari comfy cosy ini tak rasa panas dan saya sangat selesa apabila memakai baju tu.  

Saya ini orangnya cepat berpeluh ,tetapi apabila saya mengenakan baju dari comfy cosy ini alhmdulilah kurang berpeluh dan bahagian belakang baju pun tidak basah akibat berpeluh, Kain comfy cosy memang serap peluh. Kalau tak memang baju bahagian belakang akan basah lah jawabnya. 

Nak tahu selesa atau tak kena cuba dulu kan...  


 


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Ju...

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Tips Penjagaan Sutera Supaya Tahan Lama

Sutera, secara semula jadinya adalah fiber yang kuat dan keseriannya mampu bertahan lama jika tepat cara jagaannya. Sesetengah sutera hanya boleh dicuci kering sahaja, akan pudar atau mengecut jika dicuci tangan.Manakala ada juga yang boleh di cuci tangan tetapi perlu dengan berhati-hati. Pada post kali ini, kami ingin berkongsi cara jagaan kain sutera anda supaya ia kekal ekslusif seperti baru di beli.   CARA BASUHAN TANGAN UNTUK SUTERA Gunakan sabun khas untuk pakaian sutera (sabun organik atau yang tidak pekat), dan bekas basuhan yang bersih. Gosokkan kain 3-4 minit dengan perlahan-lahan. Jangan sental atau perah kain anda. Basuh kain tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sabun. Campurkan separuh penutup cuka putih dengan satu besin air, dan gunakannya untuk membilas kain sutera anda. Selain untuk memasak, cuka putih juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Tips Jangan sesekali menggunakan peluntur . Jika tiada pencuci baju yang sesuai,...