Skip to main content

Breastfeeding Journey: Hanaa 5 bulan



Immunisasi

Alhamdulillah harini Hanaa dah 5 bulan lebih dah sampai due untuk cucuk immunisasi. Terlambat sikit sebab lama cuti raya baru baru ni. Biasanya saya seorang sahaja yang bawa Hanaa ke klinik, harini kebetulan suami saya agak free waktu pagi jadi dia pun ada temankan Hanaa nak cucuk :)

seperti biasa, lama menunggu di klinik kesihatan, sementara sampai giliran Hanaa nak cucuk. Saya dari awal dah tahu di klinik biasanya panas jadi kami sekeluarga memang pakai baju cotton supaya lebih selesa. Kalau pakai baju polyester sekejap sahaja dah rasa melekit badan dan serba tak kena. Anak kecil pun kalau pakai baju bukan cotton mesti cepat meragam.

Hanaa pakai baju cotton pink. Warna favourite suami saya untuk Hanaa. :) Baju sederhana nipis, tak terlalu tebal atau nipis. Hopefully Hanaa selesa :)

Bilik menyusu

dah lebih sejam menunggu...Hanaa dah letih dan nak menyusu. Kami pun masuk ke bilik khas yang disediakan buat ibu-ibu menyusu, selesa, ada air cond lagi :) ...yang ketara ambien dalam bilik menyusu ini tenang sahaja, buat saya terfikir, suasana tenang amat penting untuk bantu ibu menyusukan bayi dengan baik.

Sembang Ibu-Ibu

Seperti biasa, sambil menyusu, kami dalam bilik menyusu bersembang sesama sendiri.

Ibu muda, " umur berapa anak?"

Saya, " 5 bulan "

Ibu muda, " anak saya pun 5 bulan. Lahir bila?"

Saya, "18 Jan"

Ibu muda, " Husna 21 Jan. Kakak lah ni, tua sikit " sambil tersenyum.

Ada seorang nenek bawa cucu untuk check up tanya, " beri susu badan ke?"

Saya angguk dan senyum.

Ibu muda, " Saya campur sebab tak cukup susu"

Tak lama kemudian anaknya meraung kuat nak susu, tak sabar sabar nampaknya..

Ibu muda, " macam ni lah anak saya, kalau nak susu tak boleh tunggu langsung, meraung sekuat hati... Kadang berlari saya nak buat susu.." sambil dia ambil susu botol dan beri anaknya minum...
Laju sekali anaknya minum. Sekejap dah habis sebotol.

Saya dan nenek tersenyum melihat gelagat Husna.

Saya, " anak keberapa ni?"

Ibu muda, " anak sulung "

Kami angguk angguk.

Saya fikir fikir, mahu bagi tips menyusu atau tidak.. Tapi nampak ibu muda ni agak stress saya pun mendiamkan diri... Sesetengah ibu bila cakap topik breastfeeding mudah jadi lebih stress jadi perlu cakap waktu yg sesuai..

Tidak cukup susu

Apabila menyusu, sebenarnya biasa juga untuk rasa seolah olah tak cukup susu. Ia biasa berlaku apabila bayi sedang membesar.

Bayi nampak macam tak kenyang dan asyik nak menyusu lebih dari biasa. Apabila jadi gini, biasa ibu akan rasa 
" susu makin sikit ke?... Susu tak cukup ke?"

Yang sebenarnya bayi mengalami growth spurt. Pertumbuhan ketara. Pada masa ini bayi nak minum susu lebih. Nampak macam asyik tak kenyang, asyik lapar.

Apa perlu buat?

Ikut sahaja kehendak bayi. Beri sahaja susu kerap kerap. Kadang kadang sampai setiap jam. Yang paling penting pada masa ini jangan fikir negatif, jangan rasa macam susu tak cukup, fikiran begini akan buat rasa stress dan susah hati... bila susah hati ia akan mengganggu penghasilan susu

Pengeluaran susu meningkat

Pengalaman saya, selepas 2-3 hari follow demand bayi yang extra ni, dengan sendirinya production susu akan meningkat. Kita boleh rasai perbezaan itu. Dan lepas seminggu bayi akan minum pada kekerapan biasa semula. (kekerapan yg sama, tapi amount susu bertambah setiap kali minum)

Usah susah hati dan panik

Para ibu jangan susah hati jika bayi nampak macam tak kenyang atau nak minum kerap. Relax, fikir yang baik-baik...  

Ikut sahaja demand anak. Beri sahaja bf walaupun rasa asyik bagi je. walaupun terasa macam kempis dan tiada susu, teruskan sahaja... In shaa Allah badan kita akan respond dan tingkatkan pengeluaran susu... saya banyak kali alami keadaan sebegini.. awal-awal dulu rasa panik, ingatkan susu tak cukup tapi lepas 2-3 hari rupanya susu semakin banyak! Hanaa anak ke5 saya. ertinya saya dah alami keadaan yang serupa berulang kali.. ia beri saya keyakinan setiap kali berlaku growth spurt ni, bukannya susu yang berkurang tapi permintaan yang naik mendadak.

Membaca 

Saya juga mula baca lebih detail berkaitan fenomena ini. Rupanya keadaan ini juga dipanggil power pumping. Bagi ibu yang guna breast pump, boleh pump berulang-ulang kali walaupun bila pump tu banyak susu yang keluar... proses pump yang dibuat kerap dan berulang kali seolah olah beri signal pada badan yang production susu tidak mencukupi jadi badan dengan sendirinya akan meningkatkan pengeluaran susu.. walaupun boleh guna breast pump untuk buat power pumping, tapi the best power pumping effect ialah bila bayi sendiri suck dengan kerap... cubalah, ia berkesan, in shaa Allah!

.Happy breastfeeding. It's a wonderful journey.

Safiya
with love from Comfy Cosy



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Bolehkah Lelaki Pakai Baju Sutera?

Ini Kisah Batik Sutera  Semalam saya pergi survey ke salah satu kedai pengeluar batik yang terkenal di Terengganu.  Jauh juga perjalanan nak ke sana. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah kami. Saya cari lokasi ni dari google, jumpa Fb Page. Lihat alamat di situ dan lokasi yang diberikan. Rupanya alamat tersebut menghantar kami ke rumah mereka. Saya cuba lagi cari alamat, Alhamdulillah akhirnya bertemu juga. Kami tiba kira kira jam 6.15 petang. Rupanya kedai ini biasanya ditutup jam 5 petang. Tetapi hari tersebut mereka tutup lambat kerana ada customer yang datang buat tempahan. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat bertemu dengan Puan pengusaha kedai ini. (biasanya Cuma staff sahaja yang jaga kedai).. lega rasanya selepas datang dari jauh bersama sama anak-anak kecil.   Kisah di Kedai Saya terus masuk ke kedai. Saya, "saya berminat nak tengok batik sutera " Pengusaha, "Sutera... lelaki tak boleh pakai ya, saya kena beritahu ni.. JAKIM baru kelua