Skip to main content

Pengalaman Pakai Fabrik Sintetik Yang Tidak Boleh Dilupakan





Ni nak bagitahu sikit perbezaan antara fabrik semulajdi dan fabrik sintetik. 

Nak tahu tak???  

Okaylah dibawah ni adalah antara perbezaan fabrik semulajadi dengan fabrik sintetik. 



Fabrik Semulajadi


  • Dihasilkan dari sumber alam semulajadi seperti protein dari haiwan, kepompong ulat sutera @ biji tumbuh-tumbuhan daun dan batang. 


Fabrik Sintetik 

  • Diperbuat daripada bahan-bahan bukan organik dan digabungkan dengan bahan kimia. 
  • Tidak mudah menyerap peluh  

Owh baru tau kan. Biasa (*Bedal) atau bahasa standart pakat pakai jee kan kain mana-mana tak kira lah sintetik ke tak ke kan.


Sebut pasal kain sintetik ni ada satu cerita ingin dikongsikan dimana saya ada sepasang baju kurung yang dibuat daripada kain sintetik ni tapi dulu tak tahu itu jenis kain sintetik, pakat pakai jee yang mana ada. Asal kenan dimata jadi kan tanpa memikirkan kekurangan dia.


Memang betul corak yang cantik menjadi pilihan semua kan tapi tak semua yang cantik baik untuk kita,kadang apa yang tak cantik itu baik untuk kita kan.Berbalik pada cerita saya tadi ,saya pakat pakai jee kain yang mana corak dia cantik.


Suatu hari ini ada event kat kolej dan saya terpakai baju kurung yang dibuat dari kain sintetik ini. Event itu pulak dari petang sampai ke malam.Pastu dengan keadaan event itu aircond dia tak berapa nak rasa sangat aircond. Hanya Allah saja tahu panasnya macam mana.Saya pulak merupakan ahli jawatankuasa event itu dan memerlukan pergerakan yang banyak.


Bila banyak bergerak peluh semakin banyak kan.Masa itu rasa tak selesa gila dengan tubuh yang melekit dan badan yang berbau akibat berpeluh membuatkan terus lari mood. Serius cakap memang duduk jauh dari orang sebab takut bau badan.


Pengajaran dari cerita ini pilih material yang boleh memberi keselesaan kepada kita semua.Jadikan pengguna yang bijak. Nantikan sharing saya yang seterusnya.


Semoga info yang diberikan dapat membantu semua...

SHOP
Abs Textile: Comfy Cosy


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Bolehkah Lelaki Pakai Baju Sutera?

Ini Kisah Batik Sutera  Semalam saya pergi survey ke salah satu kedai pengeluar batik yang terkenal di Terengganu.  Jauh juga perjalanan nak ke sana. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah kami. Saya cari lokasi ni dari google, jumpa Fb Page. Lihat alamat di situ dan lokasi yang diberikan. Rupanya alamat tersebut menghantar kami ke rumah mereka. Saya cuba lagi cari alamat, Alhamdulillah akhirnya bertemu juga. Kami tiba kira kira jam 6.15 petang. Rupanya kedai ini biasanya ditutup jam 5 petang. Tetapi hari tersebut mereka tutup lambat kerana ada customer yang datang buat tempahan. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat bertemu dengan Puan pengusaha kedai ini. (biasanya Cuma staff sahaja yang jaga kedai).. lega rasanya selepas datang dari jauh bersama sama anak-anak kecil.   Kisah di Kedai Saya terus masuk ke kedai. Saya, "saya berminat nak tengok batik sutera " Pengusaha, "Sutera... lelaki tak boleh pakai ya, saya kena beritahu ni.. JAKIM baru kelua