Skip to main content

Mengapa susah mendapat cahaya mata?

Adakah anda termasuk dalam pasangan yang sukar dapat anak? Sudah berkahwin selama beberapa masa, tetapi belum direzekikan cahaya mata - pastinya menimbulkan kegelisahan untuk setiap pasangan.

Apabila  bertemu doktor pakar, salah satu ujian yang perlu dijalani adalah ujian terhadap sperma untuk mengetahui keupayaan dan kekuatan sperma tersebut.
Selain merokok - yang merupakan antara faktor terbesar menyebabkan kerosakan sperma - sedar atau tidak, pakaian juga memainkan peranan penting untuk kaum lelaki dalam memastikan kesuburan mereka  dalam jangka masa panjang.
Terdapat satu kajian saintifik tentang pemakaian material polyester di bahagian scrotum selama 12 bulan dan kesan terhadap penghasilan sperma. Kajian tersebut mendapati lelaki yang memakai polyester sling di bahagian scrotum (buah zakar) tidak menghasilkan sperma hanya selepas 5 bulan memakainya.

Ini adalah disebabkan oleh dua perkara:

1. Terhasilnya electrostatic field di bahagian scrotum.

2. Gangguan terhadap proses thermo-regulation (proses kawalan suhu semulajadi) pada bahagian scrotum.


Polyester sling - boleh digunakan sebagai perancang keluarga untuk lelaki kerana kesannya yang menyebabkan berkurang bilangan sperma akan terhasil.
Kedua dua ini mengganggu proses penghasilan sperma yang sempurna, yang akhirnya menyebabkan bilangan sperma yang dihasilkan berkurangan daripada normal.

Kajian ini pasti berguna untuk pihak lelaki sebagai contraception (perancang keluarga) yang murah dan selamat. Tetapi mereka yang inginkan cahaya mata, sebaiknya elakkan dari memakai polyester sling atau seluar dalam dari material sintetik sebaliknya pilihlah fiber semula jadi seperti kain kapas.

Bagi anda yang biasa memakai seluar dalam bermaterial sintetik, jangan risau kerana keadaan ini adalah reversible! Ertinya, keupayaan dan kesihatan sperma anda akan berbalik kepada asal jika anda elakkan dari memakai material tersebut lagi dan bertukar kepada material semula jadi.


Sumber:
Contraceptive efficacy of polyester-induced azoospermia in normal men
Ahmed Shafik (Professor and Chairman)
------------------------------

SHOP
Abs Textile: Comfy Cosy


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Ju...

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Tips Penjagaan Sutera Supaya Tahan Lama

Sutera, secara semula jadinya adalah fiber yang kuat dan keseriannya mampu bertahan lama jika tepat cara jagaannya. Sesetengah sutera hanya boleh dicuci kering sahaja, akan pudar atau mengecut jika dicuci tangan.Manakala ada juga yang boleh di cuci tangan tetapi perlu dengan berhati-hati. Pada post kali ini, kami ingin berkongsi cara jagaan kain sutera anda supaya ia kekal ekslusif seperti baru di beli.   CARA BASUHAN TANGAN UNTUK SUTERA Gunakan sabun khas untuk pakaian sutera (sabun organik atau yang tidak pekat), dan bekas basuhan yang bersih. Gosokkan kain 3-4 minit dengan perlahan-lahan. Jangan sental atau perah kain anda. Basuh kain tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sabun. Campurkan separuh penutup cuka putih dengan satu besin air, dan gunakannya untuk membilas kain sutera anda. Selain untuk memasak, cuka putih juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Tips Jangan sesekali menggunakan peluntur . Jika tiada pencuci baju yang sesuai,...