Skip to main content

7 Ciri-Ciri Kain Sutera Yang Buat Orang Cina Jatuh Hati




Bertemu lagi blogger-blogger semua.

Alhamdulilah masih diberi peluang untuk kita bersua lagi yee.

Hari ini nak kongsi sikit berkenaan dengan ciri-ciri yang ada pada kain sutera.



Nak tahu tak semua kain sutera ni dulu-dulu di negara cina ,yang memakai kain sutera ni hanyalah golongan atasan sahaja.(orang-orang kaya). Nak tahu sebab apa ? Kain sutera ini harga dia mahal sangat sebab itulah yang mampu beli kain sutera ini golongan yang berduit.

Jom kita lihat kenapa orang-orang atasan cina dulu suka memakai kain sutera terutamanya kerabat diraja. Mari sama-sama tengok : 

CIRI-CIRI KAIN SUTERA

  1. 💪Kuat: Sutera sekuat filamen baja yang ukurannya setanding. 
  2. 💍Berkilau: Sutera mempunyai kilau yang indah seperti mutiara. Kilaunya berasal dari struktur fibroinnya yang berlapis-lapis dan menyerupai prisma yang menyebarkan cahaya. 
  3. 😊Lembut di kulit: Sutera terbentuk daripada asid amino yang lembut di kulit. Sutera konon boleh melindungi kulit dari berbagai penyakit. Ada kosmetik yang diperbuat daripada serbuk sutera. 
  4. 😌Menyerap kelembapan: Asid amino dan liang-liang kecil dalam serat sutera menyerap dan mengeluarkan cukup banyak wap air, sehingga anda dapat tetap merasa kering dan tidak gerah pada musim panas. 
  5. 🔥Tahan panas: Sutera tidak mudah terbakar dan tidak mengeluarkan gas beracun jika terbakar. 
  6. Melindungi: Sutera menyerap sinar ultraungu dan dengan demikian melindungi kulit. 
  7. Tidak mudah terjadi pengumpulan elektrik statik: Kerana sutera terdiri daripada ion positif dan ion negatif dan menyerap kelembapan, elektrik statik tidak mudah terbentuk, seperti yang terjadi pada beberapa jenis kain lain 
contoh kain sutera dari Comfy Cosy

SHOP
Abs Textile: Comfy Cosy

https://www.comfycosy.com.my/




Comments

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Ju...

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Tips Penjagaan Sutera Supaya Tahan Lama

Sutera, secara semula jadinya adalah fiber yang kuat dan keseriannya mampu bertahan lama jika tepat cara jagaannya. Sesetengah sutera hanya boleh dicuci kering sahaja, akan pudar atau mengecut jika dicuci tangan.Manakala ada juga yang boleh di cuci tangan tetapi perlu dengan berhati-hati. Pada post kali ini, kami ingin berkongsi cara jagaan kain sutera anda supaya ia kekal ekslusif seperti baru di beli.   CARA BASUHAN TANGAN UNTUK SUTERA Gunakan sabun khas untuk pakaian sutera (sabun organik atau yang tidak pekat), dan bekas basuhan yang bersih. Gosokkan kain 3-4 minit dengan perlahan-lahan. Jangan sental atau perah kain anda. Basuh kain tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sabun. Campurkan separuh penutup cuka putih dengan satu besin air, dan gunakannya untuk membilas kain sutera anda. Selain untuk memasak, cuka putih juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Tips Jangan sesekali menggunakan peluntur . Jika tiada pencuci baju yang sesuai,...