Skip to main content

Segmen Pelangan : Siapa Pelangan Kita?

Segmen pelangan 

Puan Daliza  


Puan  daliza dari Petaling Jaya. Perkongsian  tentang ' segmen pelanggan '.
.
Soalan 1: Siapakah itu pelanggan?

Pelanggan ialah orang yang beli daripada kita.Dan, sebelum pelanggan membeli daripada kita, kita kenali mereka sebagai prospek. Prospek ni nak beli, 50-50. 


Soalan 2: Penting ke untuk kita tahu segmen pelanggan?  bolehkah kita target pada semua orang beli pada kita?

  Penting kita tahu segmen pelanggan untuk kita fokus. Katakan kita mahu jual pada semua orang,  ada empat soalan kita perlu jawab
a. Siapa target kita?
b. Apa masalah mereka?
c. Di mana mahu cari mereka
d. Apa mesej yang mahu disampaikan? 
Selalunya jika kita target semua, kita tak tahu nak mula dari mana.  
Kita tak tahu masalah   mereka Yang mahu diselesaikan,  kita tak tahu mereka dimana dan kita tak dapat sampaikan mesej dengan jelas. Itulah pentingnya kita tahu dan faham segmen pelanggan . 

Soalan 3: Apakah itu segmen pelanggan? 

    Segmen pelanggan ialah prospek yang memerlukan produk kita. Orang yang membeli dari kita.    Walaupun kita menjual produk yang sama tapi fokus kita ialah pada pelanggan. People don't care    how much you know. Until they know how much you care. 

Soalan 4: macammana nak tahu segmen pelanggan? Terutama untuk comfycosy?

    Kita perlu letakkan diri sebagai pembeli.Kenapa saya nak beli? Dan kenapa saya taknak beli. Dan  berbalik pada soalan utama, masalah yang ingin diselesaikan.
 Fokus Pada Satu Segmen Dengan Satu Masalah Yang Kita Mahu Selesaikan.

Contoh 1: 

Masalah prospek 1: kekangan masa untuk beli hadiah.   

  Prospek 1:  beli kain Comfycosy,  dapat kotak. Mudahkan. Tak perlu fikirkan tentang kotak, pembalut.  Bonus tambahan,  kain yang sedap selesa, penerima hadiah akan ingat dan selalu puji. ' kain cotton ni,  Fadhillah yang hadiahkan.  Sedap dan pandai dia pilih kain '. ( pelanggan pun suka sebabnya masalah dia cari hadiah yang sesuai,  diselesaikan). 


Masalah prospek 2: kegatalan akibat baju tak serap peluh. Dan juga Bau badan
  
  Penyelesaian prospek 2:  dah cuba macam macam untuk hilangkan kegatalan dan bau badan, doktor pun ada nasihatkan guna kain COTTON untuk serap peluh.  Tapi asyik salah beli. Beli dengan comfycosy,  alhamdulillah masalah kegatalan dan bau badan takde. ( pelanggan gembira kerana yakin produk comfycosy yang berkualiti) 


Masalah prospek 3: sukar beli baju siap. Baju siap selalunya tidak selesa dan inginkan ciri tambahan pada baju seperti poket.

   Penyelesaian prospek 3:  kebanyakan baju siap, takde poket.  Beli kain comfycosy,  direct hantar ke rumah,  boleh terus bagi pada tailor.  Takperlu keluar dua tiga kali. ( pelanggan save masa, sebab dah tahu kualiti comfycosy dan convenient  



Dalam menyediakan segmen pelanggan,  ada ciri demografi dan psikogarfik.
Demografi ialah ciri asas dan fizikal seperti

1. Umur
2. Jantina
3. Pekerjaan
4. Bangsa
5. Agama
6. Status perkahwinan
7. Taraf pendidikan
8. Lokasi
9. Lokasi pekerjaan

Psikogarfik pula, ciri ciri yang lebih kepada emosi dan perlakuan 

1. Minat, aktiviti dan gaya hidup
2. Personaliti, sikap dan perlakuan
3. Pendapat
4. Emosi
5 masalah yang dihadapi,  impian yang ingin dicapai.
Ini penting kerana dalam urusan jualbeli, kita beli dari orang yang kita suka dan selesa.Point disini,  supaya kita sampaikan mesej dalam bahasa prospek gunakan.

Segmen pelanggan bukan sahaja Online,  termasuk juga offline. 

    Apabila kita dah kenal pasti target,  kita boleh determine di mana mereka berada,  Online atau offline. Masih ramai yang suka pegang, rasa dan tengok sendiri kain. Apabila kita dah kenal pasti segmen, kita boleh target terus.

   Contohnya jika kerja di tempat yang memakai baju kurung,  formal.  Kita boleh bawa contoh kain, sehelai dua untuk mereka rasa dan selebihnya minta tengok secara Online.  Jika ada yang berkenan.

Contoh lain yang saya boleh fikirkan, 

1.Geng pakaian sedondon,  jika kita tahu siapa decision maker pakaian sedondon,  kita boleh terus Promo pada decision maker.

2. Yang mempunyai eczema,  perlukan pakaian berasakan fabrik semulajadi. Ada anak anak yang mempunyai eczema,  perlukan pakaian berasakan cotton.  Ibubapa mementingkan keselesaan anak anak.

3. Peminat vietnamsilk,  dan tiada kesempatan untuk ke Vietnam.  Ada orang berminat kain vietnamsilk tapi So far yang jual persendirian.

Sumber :Simple marketing plan

 Tuan Firdaus Azizi 





Comments

Popular posts from this blog

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah

Bolehkah Lelaki Pakai Baju Sutera?

Ini Kisah Batik Sutera  Semalam saya pergi survey ke salah satu kedai pengeluar batik yang terkenal di Terengganu.  Jauh juga perjalanan nak ke sana. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah kami. Saya cari lokasi ni dari google, jumpa Fb Page. Lihat alamat di situ dan lokasi yang diberikan. Rupanya alamat tersebut menghantar kami ke rumah mereka. Saya cuba lagi cari alamat, Alhamdulillah akhirnya bertemu juga. Kami tiba kira kira jam 6.15 petang. Rupanya kedai ini biasanya ditutup jam 5 petang. Tetapi hari tersebut mereka tutup lambat kerana ada customer yang datang buat tempahan. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat bertemu dengan Puan pengusaha kedai ini. (biasanya Cuma staff sahaja yang jaga kedai).. lega rasanya selepas datang dari jauh bersama sama anak-anak kecil.   Kisah di Kedai Saya terus masuk ke kedai. Saya, "saya berminat nak tengok batik sutera " Pengusaha, "Sutera... lelaki tak boleh pakai ya, saya kena beritahu ni.. JAKIM baru kelua