Skip to main content

Kualiti Atau Harga ?

Kualiti atau harga yang mana kita pilih? 

Kebanyakkan dari pada kita sekarang banyak memilih harga sesuatu produk berbanding kualiti sesuatu produk kan? Bagi mereka harga yang murah mereka  dapat membeli dengan kuantiti yang banyak. Tapi mereka tidak mengambil kira pasal kualiti sesuatu produk. Harga murah kualiti macam mana? 

Harga menjadi pilihan 

Betul memandangkan ekonomi negara sekarang membuatkan ramai dari kita untuk membuat pilihan yang  bijak untuk membeli. Bijak berbelanja itu betul tapi kita kena ambil peduli jugak berkenaan kualiti sesuatu produk itu.Sebagai contoh kita membeli ayam yang murah dengan harga RM 5 sekilo , rasa-rasa kita ayam yang kita beli itu kualiti dia macam mana?  

Adakah ayam itu segar? 
Ataupun sebaliknya?
Sudah pasti kita akan mendapat ayam yang kurang segar. Kenapa? sebab kita mementingkan harga yang murah tanpa mengira kualiti. Jadi kualiti yang kita dapat berpadanan dengan apa yang kita bayar.

Teringat saya tentang pengalaman saya membeli kasut di suatu kedai **** ni. Nama kedai dirahsiakan , tak baik buka aib orang kan. Kejadian ini berlaku kira-kira 2 tahun lepas saya pergi membeli kasut jenis vages. Cantik tu memang cantik. Pertama kali tengok memang terus jatuh cinta.
Saya pun membeli vages itu, tau tak baru pertama kali saya dan tak sampai pun 24 jam saya memakai vages tu, tapak dia sudah tertanggal. Terkejut yang amat saya pada masa itu. Dahlah masa itu saya dalam rombongan lawatan ke muzium negara.

Malu sangat saya pada masa itu mana tak nye tapak kasut tertanggal. Jadi saya terpaksa seret vages saya dan orang sekeliling saya memandang saya dengan pelik sebab saya seret vages saya itu. Semua orang tanya saya kenapa, diorang ingat saya sakit kaki. Saya pada masa tu hanya mampu tersenyumlah.

Pengajaran dari cerita itu , membuat saya lebih berhati-hati untuk membeli produk itu. Memang tak dinafikan masa membeli tu saya langsung tak tengok kualiti vages tersebut, pakat hentam sahaja. Itu lah akibatnya bila pakat hentam sahaja. Lepas dari peristiwa itu saya lebih berhati-hati dalam membeli sesuatu produk, Bagi saya harga mahal tak apa asal kualiti baik. Anda macam mana?


Kualiti menjadi pilihan  

Nak dapatkan kualiti yang bagus harga dia pun kena lah bagus kan. Apabila kita membeli sesuatu produk walaupun harga dia mahal tapi kita berpuas hati itu lebih baik bukan berbanding beli produk tapi tak berpuas hati. Memang betul lau harga mahal kita hanya mampu membeli dengan kuantiti yang sedikit, mungkin satu dan mungkin dua. Tapi kualiti produk yang kita beli dengan harga mahal ini tahan lebih lama berbanding dengan harga yang murah. 


Sebut pasal kualiti menjadi pilihan saya teringat kepada ayah saya ini , dimana ayah saya lebih mementingkan kualiti berbanding harga. Ayah saya kata nak beli sesuatu produk ini kenalah berpuas hati baru beli. Tapi saya tengok baju-baju yang dibeli oleh ayah saya setakat ini semua masih boleh diguna pakai lagi. Warna dia pun tak lusuh dan masih elok diguna pakai lagi walapun dan bertahun sudah baju tu. Ini bermakna kualiti memang memain peranan yang penting kan. Apa-apa pun mana pun yang anda pilih itulah yang terbaik untuk anda. Bagi saya kualiti pilihan utama saya.  










Comments

Popular posts from this blog

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah

Bolehkah Lelaki Pakai Baju Sutera?

Ini Kisah Batik Sutera  Semalam saya pergi survey ke salah satu kedai pengeluar batik yang terkenal di Terengganu.  Jauh juga perjalanan nak ke sana. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah kami. Saya cari lokasi ni dari google, jumpa Fb Page. Lihat alamat di situ dan lokasi yang diberikan. Rupanya alamat tersebut menghantar kami ke rumah mereka. Saya cuba lagi cari alamat, Alhamdulillah akhirnya bertemu juga. Kami tiba kira kira jam 6.15 petang. Rupanya kedai ini biasanya ditutup jam 5 petang. Tetapi hari tersebut mereka tutup lambat kerana ada customer yang datang buat tempahan. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat bertemu dengan Puan pengusaha kedai ini. (biasanya Cuma staff sahaja yang jaga kedai).. lega rasanya selepas datang dari jauh bersama sama anak-anak kecil.   Kisah di Kedai Saya terus masuk ke kedai. Saya, "saya berminat nak tengok batik sutera " Pengusaha, "Sutera... lelaki tak boleh pakai ya, saya kena beritahu ni.. JAKIM baru kelua