Skip to main content

Apa itu Content Marketing?

Content Marketing 

Sesi perkongsian ini adalah untuk membantu sahabat semua membuat penulisan content marketing di personal fb.  


 Kena Tahu Tujuan Content Marketing.

1. Create awareness tentang sesuatu
2. Educate follower dan rakan-rakan
3. Bina engagement
 Dalam konten marketing,  kita sebenarnya menjual barang tapi tidak kelihatan seperti menjual.   

Paling penting ialah ketahui tujuan kita buat konten marketing adalah untuk : 

1. Crete awarenes
2. Educate dan
3. Bina hubungan dengan bakal prospek
 Ini bagi produk yang baru hendak diperkenal seperti Comfycosy. Saya hendak kenalkan jenama Comfycosy di Sabah sebagai satu pilihan mencari kain sutera dan kapas berkualiti.Bagi orang sedar kewujudan Comfycosy. Kemudian educate followers dan friends mengapa kita nak jual kain bagus ni.  Mengapa ia berbeza dengan kain di gedung kain yang lain ? 

Antara tips dari Tuan Ahmad Saifudin ialah,  tulis konten

1. Ada unsur pengajaran atau hikmah
2. Yang mengusik emosi pembaca lelaki mahupun wanita
 Dan kata-kata semangat dari beliau - konten yang berkualiti akan menarik audiens yang berkualiti :
“Post pertama sebagai trigger sahaja”
“Post kedua dah masuk topik”
“Post ketiga barulah isi "  

 Contoh,  tips padanan kain songket dengan plain cotton :

Saya nak promote kain plain sebenarnya.Tapi saya mulakan dengan soalan sebagai pencetus. Bagaimana hendak padankan samping dengan baju melayuKemudian input tips dari feedback sahabat saya masukkan dalam konten.Kemudian post gambar padanan kain.Dari situ kita boleh bina satu konten yang menyelesaikan masalah,  tips  dan bina engagement sekali. 


Q & A  

 1.   Bgaimana kt nk educated kita pnya follower?


         Kita sharing kebaikan produk kita. Mengapa produk itu bagus untuk mereka.  

     2.  Bagaimana jika kita ada banyak produk untuk dijual?

        Kalau ada banyak produk dijual, buat page.  

      3.  Buat content marketing di page ke maksud Cikpuan? 

  
       Dalam page itu kita bukan sahaja tunjukkan produk tapi saling kelebihan produk terutamanya     bagaimana produk itu boleh selesaikan masalah pelanggan. Boleh buat dua-dua Di page dan personal fb. 

     4.Saya pernah tanya Tuan Ahmad Saifuddin Yusuf bagaimana hendak tulis content kalau ada blog dan page serta personal fb. 


       Beliau beri panduan, barang jual di page. Kontent, branding, engagement buat di personal.Tapi, ada sesetengah pelanggan suka cari maklumat produk dari page kita.  

      5.Kalau fb personal tu kena buat engagement selang seli untuk pelbagai produk ke? Kalau ada lebih    dari satu produk?  


      Engagement ini bermaksud mengeratkan hubungan dengan follower dan prospek.Ia ada kaitan dengan'segmen pelanggan' yang dikongsi oleh Puan Daliza.Bila kita tahu segmen yang hendak disasarkan, kita fokus engagement dengan mereka satu persatu.Dengan itu, mudah untuk menulis konten marketing yang sesuai dan tepat kepada segmen pelanggan tersebut. Membina engagement juga bermaksud personaliti branding yang kukuh.  

        6.Bagaimana hendak create ayat content marketing ?  


1. Guna bahasa sendiri yang selesa digunakan untuk menulis. 
 2. Guna ejaan penuh. Barulah orang tidak pening membaca.
3. Susun berperenggan.Mudah dibaca bagi pengguna smartphone. Satu perenggan, cukuplah (4) baris ayat.
4. Orang paling suka baca kontent dalam bentuk penceritaan atau storytelling
Ia lebih dekat seolah-olah ianya juga berlaku kepada mereka.
5. Dalam content marketing berbentuk storytelling, kita boleh masukkan banyak input yang create awareness, educate dan membina hubungan pelanggan  

Contohnya,    
Cerita tentang pengalaman mengalami ekzema dan ruam.  
“ sedar bahawa kain fiber semula jadi ini lebih selesa (crete awareness), barulah tahu kain kapas dan sutera sepatutnya dikenakan (educate). Sahabat pernah alami masalah ekzema seperti saya? (engagement). Kenakan fabrik kapas sentiasa agar kulit lebih selesa(educate again)” 
Ini contoh konten pendek.Biarpun pendek, tapi ada 3 efek tujuan kita menulis kontent marketing.Bila guna ayat sendiri yang lebih santai, isu copy and pasti juga boleh dielakkan.
Kecuali sahabat tidak kisah konten di copy bulat-bulat. Tapi sebenarnya mengapa ramai penulis tidak gemar orang copy and paste ialah sebab 'effort' usaha kita untuk menulis komen itu tidak difahami. 

Untuk mencari konten yang berbeza dan berkualiti boleh guna cara ini : 


1. Banyakkan cari info di google. Sama ada web bahasa melayu atau inggeris.
2. Bertanya dengan prospek dan rakan-rakan pengalaman dan pendapat mereka
3. Sharing pengalaman sendiri
Untuk menulis info yang menarik dari sumber google memang lama. Tapi seronok sebab ia dapat meningkatkan kefahaman kita.
Contohnya sejarah sutera vietnam. Sukar hendak cari info asal usul sejarah Vietnam silk

Gunakan beberapa katakunci dalam bm atau Bi

Dari situ maklumat saling berkait dan menambah isi konten kita.Cuba cari vietnam silk history,The founder of Vietnam silkMuncul satu nama, Raja Ly (lupa dah).. Google pula pasal raja ini  
So kita dah tahu : 

1. APA tujuan content marketing
2. BAGAIMANA buat konten
3. SIAPA kontent itu ditujukan

Antaranya topik :


1. Kesihatan
2. Pengalaman
3. Tips
4. Sejarah
5. Personaliti pribadi
6. Fesyen dan trend semasa
7. Kisah jenaka 

Seterusnya APA topik yang hendak ditulis dalam konten marketing?

Banyak benda kita boleh tulis yang pasti ada elemen awareness, educate dan engagement.
Saya juga sebenarnya follow penulisan konten sahabat cc dan setiap darinya mempunyai cara yang berbeza dan unik. 

7.   Dlm banyak banyak topik ni, yg mana paling byk engagement?  

                      Storytelling yang menyelesaikan masalah pelanggan .Topik yang paling banyak like ialah topik          saya  alergik dan bagaimana kain kapas membantu saya menghadapi masalah alergi pada masa             itu.Feedback dari rakan-rakan juga banyak.  

           8 . Personally topik apa yang rasa best bila tulis?  
     Topik paling best, ceritakan pengalaman sendiri atau kongsi pengalaman tentang fabric. 
    Kalau tiada idea sangat pada hari itu hendak tulis konten apa, share info bermanfaat dari rakan-           rakan fb
   Saya follow :

 1. Khairul Hakimin
2. Al Irfan Jani
3. Dr Wan Yusof Wan Jeffery
4. Ustaz Ahad Saifudin
5. Hasbul Arif  

9.    Tapi kan , ada produk yang kita tak pernah cuba..Cth kain japanese cotton. Jadi tak kuat utk promote kelebihan kain/produk tersebut.Macam mana tu ye?Atau kita boleh fokus jual pada produk yang kita dah cuba dan suka?  

   Sebab saya tak pernah nampak dan pegang kain-kain ni. Tengok gambar sahaja.
Jadi saya pergi kedai kain.Hanya untuk tengok dan pegang kain sahaja.Saya pergi jakel, kamdar dan beberapa kedai kain lain untuk tengok harga, pegang kain, tengok corak.Sebab rupanya kain-kain ini berbeza di setiap kedai walaupun nama sama.Jadi sudah dapat poin mengapa pelanggan akan suka dengan kain CC.Bila dapati mengapa kain ini tak sama, saya mula mencari info. 

 Contohnya kain Vietnam silk:

“Kenapa cc jual sampai harga seratus lebih, rakan beli di vietnam murah. Saya cuba dapatkan feedback dari pengalaman pengguna
Rupanya terdapat beberapa gred VS ini. Jadi kenapa kita punya lebih mahal sebab lain kita gred berkualiti, dan shipping cost “ 

 










     





Comments

Popular posts from this blog

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah

Bolehkah Lelaki Pakai Baju Sutera?

Ini Kisah Batik Sutera  Semalam saya pergi survey ke salah satu kedai pengeluar batik yang terkenal di Terengganu.  Jauh juga perjalanan nak ke sana. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah kami. Saya cari lokasi ni dari google, jumpa Fb Page. Lihat alamat di situ dan lokasi yang diberikan. Rupanya alamat tersebut menghantar kami ke rumah mereka. Saya cuba lagi cari alamat, Alhamdulillah akhirnya bertemu juga. Kami tiba kira kira jam 6.15 petang. Rupanya kedai ini biasanya ditutup jam 5 petang. Tetapi hari tersebut mereka tutup lambat kerana ada customer yang datang buat tempahan. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat bertemu dengan Puan pengusaha kedai ini. (biasanya Cuma staff sahaja yang jaga kedai).. lega rasanya selepas datang dari jauh bersama sama anak-anak kecil.   Kisah di Kedai Saya terus masuk ke kedai. Saya, "saya berminat nak tengok batik sutera " Pengusaha, "Sutera... lelaki tak boleh pakai ya, saya kena beritahu ni.. JAKIM baru kelua