Skip to main content

Japanese Cotton: Kenapa Ramai Ulang Beli Setelah Cuba Kali Pertama?

Japanese cotton 



Japanse cotton tidak popular macam english cotton.Bila sebut english cotton ramai orang dah tahu. Orang tahu apa rasa testur kainnya. English cotton biasanya agak kesat dan tidak melekat pada badan.

Orang boleh bayang macam mana corak-corak bunga english cotton yang cantik-cantik. Tetapi bila sebut japanese cotton ramai yang bertanya ,
Japanese cotton tu macam mana?

Reaksi biasa kali pertama orang membeli japanese cotton 

Biasanya ramai yang teragak-agak untuk membeli japanese cotton. Mereka bertanya
"best ke kain ni?"sambil muka berkerut-kerut. Biasanya saya lihat mereka yang pertama kali beli teragak-agak untuk membeli , ada tu sampai berfikir panjang seolah-olah membuat keputusan yang besar,

Japanese Cotton sesuai untuk dijadikan baju apa? 

Apabila mereka membuat keputusan untuk beli, biasanya mereka akan bertanya "japanese cotton ini sesuai untuk dijadikan baju apa?"Ada yang nak buat baju kurung dan ada yang nak buat jubah. Kain japanese cotton sesuai untuk kedua-duanya , jubah dan baju kurung. Ia bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa malah juga sesuai untuk kanak-kanak. 


Ini contoh kain japanese cotton yang sudah siap menjadi baju kurung kanak-kanak





Ini contoh kain japanese cotton yang sudah siap menjadi baju kurung kanak-kanak



Ini contoh kain japanese cotton yang sudah siap menjadi baju kurung dewasa

Walaupun pada mulanya ramai yang teragak-agak nak membeli japanese cotton, tetapi apabila sudah membeli sekali, ramai yang membeli lagi dan lagi.  

Testimoni Japanese Cotton 


Ini adalah testimoni dari seorang customer yang bernama Puan NorZaiton.Anak dia perminat tegar kain cotton dan kebiasaanya anak dia memilih english cotton,tetapi apabila merasai sendiri keselesaan japanese cotton terus jatuh cinta dan terus menjadi pengemar japanese cotton.

Adakah anda berminat untuk membeli japanese cotton ?







Comments

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Ju...

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Tips Penjagaan Sutera Supaya Tahan Lama

Sutera, secara semula jadinya adalah fiber yang kuat dan keseriannya mampu bertahan lama jika tepat cara jagaannya. Sesetengah sutera hanya boleh dicuci kering sahaja, akan pudar atau mengecut jika dicuci tangan.Manakala ada juga yang boleh di cuci tangan tetapi perlu dengan berhati-hati. Pada post kali ini, kami ingin berkongsi cara jagaan kain sutera anda supaya ia kekal ekslusif seperti baru di beli.   CARA BASUHAN TANGAN UNTUK SUTERA Gunakan sabun khas untuk pakaian sutera (sabun organik atau yang tidak pekat), dan bekas basuhan yang bersih. Gosokkan kain 3-4 minit dengan perlahan-lahan. Jangan sental atau perah kain anda. Basuh kain tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sabun. Campurkan separuh penutup cuka putih dengan satu besin air, dan gunakannya untuk membilas kain sutera anda. Selain untuk memasak, cuka putih juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Tips Jangan sesekali menggunakan peluntur . Jika tiada pencuci baju yang sesuai,...