Kain telah menjadi keperluan sejak awal penciptaan manusia dan kini menjadi aset penting dalam kehidupan seharian kita. Secara umumnya, jenis kain boleh dibahagikan kepada dua berdasarkan asal pembuatannya; samaada dari bahan semulajadi ataupun sintetik.
Pada awalnya, kain sintetik dicipta adalah untuk menambah baik gentian semula jadi yang berasal dari tumbuhan dan haiwan, menjadikannya tahan lasak dan tahan lebih lama. Contoh gentian sintetik adalah seperti nilon, akrilik dan poliester.
|
Contoh-contoh gentian sintetik |
Tidak dinafikan, banyak faedah yang kita perolehi daripada gentian sintetik. Selain yang disebutkan di atas, ia juga menjadikan kain kalis air, kalis kotoran. Tambahan lagi, ianya juga mudah menyerap pewarna, menjadikannya berwarna-warni dan cantik terang.
|
Baju sejuk berasaskan akrilik. |
|
Jaket dari nilon. |
Walaubagaimanapun, kemudaratannya lebih besar dari faedah yang kita perolehi.
Gentian sintetik adalah antara racun untuk hidupan laut dan akan memusnahkan rantai makanan dalam jangka masa panjang.
Seorang profesor dari
State University of New York Fredonia, Sherri Mason menjumpai gentian microfiber sintetik di sepanjang salur makanan ikan-ikan dari
Great Lakes. Manakala dalam kajian yang lain pula mendapati microfiber (benang-benang halus yang terurai dari kain sintetik) ditemui banyak di sepanjang pantai dimana bahan kumbahan dilepaskan.
Dalam satu kajian lain oleh penyelidik dari
University of California mendapati, secara purata, sehelai jaket bergentian sintetik mengurai sehingga 1.7g microfiber pada setiap basuhan. Dan berat ini boleh bertambah dengan pakaian lama.
Microfiber ini kemudiannya akan terkumpul di pusat kumbahan, dan hampir 40% akan seterusnya berakhir di sungai, tasik dan lautan.
|
Gentian plastik halus ditemui dalam sampel air dari Blue Hill Bay, Teluk Maine. |
Bayangkan berapa banyak microfiber yang akan terkumpul di lautan, yang bukan sahaja akan merosakkan persekitaran, malah menjadi makanan beracun kepada hidupan laut. Bukan sahaja hidupan laut akan menghadapi risiko untuk mati dalam skala yang besar, manusia juga turut merasa kesannya kerana salah satu sumber makanan kita adalah hidupan laut itu sendiri.
Oleh sebab itu, sempena
Earth Day 2017 pada 22 April ini, kami ingin mengajak anda untuk memelihara alam sekitar dengan memilih untuk bertukar kepada kain atau material berasaskan bahan semula jadi seperti kain kapas, kain bulu dan sutera.
Perubahan yang besar bermula dari langkah yang kecil.
Sumber rujukan;
How your clothes are poisoning our oceans and food supply.
Menarik info ini :)
ReplyDelete