Skip to main content

Fakta Menarik Tentang Sutera

Sutera adalah antara salah satu kain yang digunakan oleh manusia sejak awal lagi. Kerana keistimewaannya, kain sutera juga dikenali sebagai ratu segala fabrik. Mari kita ketahui lebih lanjut beberapa fakta menarik tentang kain sutera.

🌼 Budaya kain sutera telah wujud hampir 5000 tahun lebih di China.

🌼 Ulat sutera (Bombyx mori, dari perkataan Latin, bermaksud ulat sutera dari pokok Mulberi) sebenarnya bukanlah ulat, tetapi adalah larva atau ulat beluncas dari rama-rama yang berasal dari keluarga Bombicidae.
Ulat beluncas sutera dan kepompongnya.


🌼 Makanan ulat sutera adalah hanya dari daun pokok Mulberi.

🌼 Satu hektar pokok Mulberi boleh menghasilkan 11 tan daun dan 450 pauns kepompong, tetapi hanya 85 pauns sutera mentah. Kepompong sutera dihasilkan dari sehelai benang sutera mentah yang panjangnya hampir satu kilometer.
Pokok Mulberi, daunnya menjadi makanan utama ulat sutera.
🌼 2000-3000 kepompong diperlukan untuk menghasilkan satu pauns sutera dan sepasang kimono.

🌼 Permukaan kain sutera yang berkilat terhasil daripada struktur fibernya yang disusun dalam bentuk segitiga prisma, menjadikannya mampu membias cahaya dari pelbagai arah.

🌼 Fiber sutera adalah sangat halus, hampir 10 nanometer diameter.

🌼 Sutera dikatakan fiber semula jadi yang paling kuat diketahui dalam sejarah.

🌼 Ketumpatan kain sutera adalah kurang dari kain kapas, kain bulu dan nilon, menjadikannya sangat mudah menyerap kelembapan, malah ia mampu menyerap sebanyak satu pertiga dari berat asalnya, tanpa berasa lembap.

🌼 Oleh kerana kelebihan dan keistimewaannya, sutera telah digunakan secara meluas, dari pakaian seharian, permaidani, payung terjun, alatan perubatan dan lain-lain lagi.
Benang jahitan sutera digunakan dalam bidang perubatan kerana sifatnya yang semula jadi dan tidak mengakibatkan keradangan atau tindak balas imun.
🌼 Penghasilan sutera di dunia kini mencecah sekitar 125 000 metric tan. China menghasilkan hampir 80% sutera di dunia dan India 10%. Jepun, Korea, Vietnam dan Uzbekistan juga merupakan antara negara yang banyak menghasilkan sutera mentah dan benang sutera.

🌼 Amerika adalah negara pengimport sutera paling banyak di dunia.

Itu adalah sedikit sebanyak tentang sejarah sutera dan bagaimana ia dihasilkan. Nantikan post kami seterusnya untuk ketahui maklumat menarik lain tentang sutera!
------------------------------
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami di pautan ini;
SHOP
Abs Textile: Comfy Cosy


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Ju...

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Tips Penjagaan Sutera Supaya Tahan Lama

Sutera, secara semula jadinya adalah fiber yang kuat dan keseriannya mampu bertahan lama jika tepat cara jagaannya. Sesetengah sutera hanya boleh dicuci kering sahaja, akan pudar atau mengecut jika dicuci tangan.Manakala ada juga yang boleh di cuci tangan tetapi perlu dengan berhati-hati. Pada post kali ini, kami ingin berkongsi cara jagaan kain sutera anda supaya ia kekal ekslusif seperti baru di beli.   CARA BASUHAN TANGAN UNTUK SUTERA Gunakan sabun khas untuk pakaian sutera (sabun organik atau yang tidak pekat), dan bekas basuhan yang bersih. Gosokkan kain 3-4 minit dengan perlahan-lahan. Jangan sental atau perah kain anda. Basuh kain tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sabun. Campurkan separuh penutup cuka putih dengan satu besin air, dan gunakannya untuk membilas kain sutera anda. Selain untuk memasak, cuka putih juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Tips Jangan sesekali menggunakan peluntur . Jika tiada pencuci baju yang sesuai,...