Skip to main content

Kelebihan Sutera Yang Anda Perlu Tahu

Sutera amat terkenal dengan kelembutannya yang elegan dan kecantikan yang memikat, sesuai dengan panggilannya - Ratu segala fabrik. Tetapi tahukah anda, selain itu sutera juga kaya dengan kelebihan jika dibandingkan dengan fiber semula jadi lain mahupun fiber sintetik. Jika anda masih ragu-ragu untuk bertukar kepada sutera, anda perlu membaca fakta-fakta menarik di bawah;

Sutera dihasilkan oleh struktur protein semula jadi, menjadikannya fabrik yang paling hypoallegenic (tidak menyebabkan keradangan).

Sutera kelihatan elegan kerana kelembutannya dan permukaannya yang berkilat.
Ia sangat mudah menyerap lembapan dan mudah kering. Ia mampu menyerap sehingga 30% kelempaban dari berat asalnya tanpa merasa basah. Jadi sekiranya anda berpeluh, sutera mampu menyerap peluh anda dengan sempurna disamping menyihatkan kulit anda.

Kain sutera adalah kain yang mesra cuaca. Ketika cuaca panas, sutera menjadi fabrik yang sejuk manakala ketika sejuk ia akan berperanan memerangkap haba. Pada kedua-dua keadaan, sutera tetap akan menjadikan pemakainya selesa dan nyaman.

Walaupun kelihatan lembut, sutera sebenarnya adalah lasak dan permukaan licinnya mampu menghalang kotoran dan bauan yang kurang enak.

Sutera mudah diwarnakan, dibasuh, dan juga mudah diproses untuk jahitan, sulaman, tenunan dan memintal.

Sutera juga menjadi campuran yang baik dengan fiber binatang atau tumbuhan lain.

Sutera menjadi campuran yang baik dengan fiber lain, Vietnam Silk Sakura adalah contoh ampuran sutera dan kapas.
Walaupun sutera adalah lebih mahal berbanding fabrik lain, tetapi kelebihan-kelebihan yang disebutkan ini pasti membuatkan anda tidak menyesal memilihnya!
------------------------------
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami di pautan ini;

SHOP
Abs Textile: Comfy Cosy


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Ju...

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Tips Penjagaan Sutera Supaya Tahan Lama

Sutera, secara semula jadinya adalah fiber yang kuat dan keseriannya mampu bertahan lama jika tepat cara jagaannya. Sesetengah sutera hanya boleh dicuci kering sahaja, akan pudar atau mengecut jika dicuci tangan.Manakala ada juga yang boleh di cuci tangan tetapi perlu dengan berhati-hati. Pada post kali ini, kami ingin berkongsi cara jagaan kain sutera anda supaya ia kekal ekslusif seperti baru di beli.   CARA BASUHAN TANGAN UNTUK SUTERA Gunakan sabun khas untuk pakaian sutera (sabun organik atau yang tidak pekat), dan bekas basuhan yang bersih. Gosokkan kain 3-4 minit dengan perlahan-lahan. Jangan sental atau perah kain anda. Basuh kain tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sabun. Campurkan separuh penutup cuka putih dengan satu besin air, dan gunakannya untuk membilas kain sutera anda. Selain untuk memasak, cuka putih juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Tips Jangan sesekali menggunakan peluntur . Jika tiada pencuci baju yang sesuai,...