Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Keistimewaan Comfy Cosy Yang Anda Perlu Tahu

Kami di Comfy Cosy amat mementingkan kualiti kain dan keselesaan pemakainya. maka quality check akan dilakukan dari awal pemilihan kain dari pengeluar, proses menangkap gambar sehinggalah pengeposan dan sampai ke tangan anda! Sedaya upaya kami mahu membantu pelanggan dapat gambaran sebenar tentang kain secara visual. Bagaimana? Contohnya begini : + Gambar ini diambil oleh seseorang yang mahir tentang photography - dia berusaha sedaya upaya supaya warna gambar sama dengan kain sebenarnya☺   + Kain di pasang di patung supaya pelanggan dapat gambarkan bagaimana coraknya apabila dibuat baju ☺Ramai wanita tidak boleh bayangkan rupa sebenar jika hanya lihat gambar kain lipat dan perlu lihat begini. + gambar close up kain juga ditunjukkan untuk memberi kepuasan kepada anda yang mementingkan corak dan warna kain. Cuba perhatikan gambar, adakah corak kain nampak serupa di gambar close up dan di mannequin?  Lain bukan? Proses penghasilan setiap pos

Tips Penjagaan Sutera Supaya Tahan Lama

Sutera, secara semula jadinya adalah fiber yang kuat dan keseriannya mampu bertahan lama jika tepat cara jagaannya. Sesetengah sutera hanya boleh dicuci kering sahaja, akan pudar atau mengecut jika dicuci tangan.Manakala ada juga yang boleh di cuci tangan tetapi perlu dengan berhati-hati. Pada post kali ini, kami ingin berkongsi cara jagaan kain sutera anda supaya ia kekal ekslusif seperti baru di beli.   CARA BASUHAN TANGAN UNTUK SUTERA Gunakan sabun khas untuk pakaian sutera (sabun organik atau yang tidak pekat), dan bekas basuhan yang bersih. Gosokkan kain 3-4 minit dengan perlahan-lahan. Jangan sental atau perah kain anda. Basuh kain tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sabun. Campurkan separuh penutup cuka putih dengan satu besin air, dan gunakannya untuk membilas kain sutera anda. Selain untuk memasak, cuka putih juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Tips Jangan sesekali menggunakan peluntur . Jika tiada pencuci baju yang sesuai, and

Kelebihan Sutera Yang Anda Perlu Tahu

Sutera amat terkenal dengan kelembutannya yang elegan dan kecantikan yang memikat, sesuai dengan panggilannya - Ratu segala fabrik. Tetapi tahukah anda, selain itu sutera juga kaya dengan kelebihan jika dibandingkan dengan fiber semula jadi lain mahupun fiber sintetik. Jika anda masih ragu-ragu untuk bertukar kepada sutera, anda perlu membaca fakta-fakta menarik di bawah; Sutera dihasilkan oleh struktur protein semula jadi, menjadikannya fabrik yang paling hypoallegenic (tidak menyebabkan keradangan). Sutera kelihatan elegan kerana kelembutannya dan permukaannya yang berkilat. Ia sangat mudah menyerap lembapan dan mudah kering. Ia mampu menyerap sehingga 30% kelempaban dari berat asalnya tanpa merasa basah. Jadi sekiranya anda berpeluh, sutera mampu menyerap peluh anda dengan sempurna disamping menyihatkan kulit anda. Kain sutera adalah kain yang mesra cuaca. Ketika cuaca panas, sutera menjadi fabrik yang sejuk manakala ketika sejuk ia akan berperanan memerangkap haba. Pada

Fakta Menarik Tentang Sutera

Sutera adalah antara salah satu kain yang digunakan oleh manusia sejak awal lagi. Kerana keistimewaannya, kain sutera juga dikenali sebagai ratu segala fabrik. Mari kita ketahui lebih lanjut beberapa fakta menarik tentang kain sutera. 🌼 Budaya kain sutera telah wujud hampir 5000 tahun lebih di China. 🌼 Ulat sutera ( Bombyx mori , dari perkataan Latin, bermaksud ulat sutera dari pokok Mulberi) sebenarnya bukanlah ulat, tetapi adalah larva atau ulat beluncas dari rama-rama yang berasal dari keluarga Bombicidae. Ulat beluncas sutera dan kepompongnya.

Kain Sintetik Cemarkan Alam Sekitar?

Kain telah menjadi keperluan sejak awal penciptaan manusia dan kini menjadi aset penting dalam kehidupan seharian kita. Secara umumnya, jenis kain boleh dibahagikan kepada dua berdasarkan asal pembuatannya; samaada dari bahan semulajadi ataupun sintetik. Pada awalnya, kain sintetik dicipta adalah untuk menambah baik gentian semula jadi yang berasal dari tumbuhan dan haiwan, menjadikannya tahan lasak dan tahan lebih lama. Contoh gentian sintetik adalah seperti nilon, akrilik dan poliester. Contoh-contoh gentian sintetik

Nama Cotton Tidak Original?

Assalamualaikum w.b.t. Tahu tak, kenapa English sebut cotton ? Asal perkataan "cotton" adalah dari perkataan arab "qutnun". ini adalah kerana asalnya kain kapas ini adalah dari tanah arab, merekalah antara yang awal menggunakannya. Pada masa itu, orang Eropah memandang kain kapas ini sebagai sejenis kain yang sangat ekslusif.

Kenali Vietnam Silk Sakura Comfy Cosy

Assalamualaikum w.b.t. Pada post-post yang lepas, kami telah perkenalkan kepada anda set koleksi sutera Vietnam berkaki kami yang ekslusif iaitu VS Teratai, Jasmin, Orkid dan Ixora. Kali ini kami ingin bawakan kepada anda lagi satu sutera Vietnam berkaki kami iaitu  Vietnam Silk Sakura (VSS). Bunga Sakura Ia mempunyai corak bunga yang besar di kaki secara melintang pada kain, manakala corak badannya adalah bunga kecil yang minima dan mirip bunga sakura, yang memberikan nama kain ini

Kenali Vietnam Silk Ixora Comfy Cosy

Assalamualaikum w.b.t. Pada post kali ini, kami ingin berkongsi mengenai kain sutera Vietnam Ixora (VSI) pula. Seperti kain sutera Vietnam berkaki kami yang lain, VSI juga bercorak bunga kecil dan mempunyai motif kaki yang bercorak abstrak secara melintang. Bunga Ixora - inspirasi kepada nama kain ini kerana coraknya yang kecil.