Skip to main content

Kembali Fitrah di Aidilfitri: (Autophagy) Penemuan baru di bidang sains

Bagaimana Berpuasa Kembalikan Kita Kepada Fitrah? 



Lapar semasa Puasa

“Puasa tahun ni ada tak sesekali rasa sangat lapar sebelum berbuka?
"emm.. Ada jugaklah.. Especially kalau tak terjaga sahur"

“masa badan kita lapar sangat tu, badan alami starvation tau, time ni, autophagy berlaku”
"Autophagy? Apa ke benda tu?"
“Ini ilmu baru, saya pun baru belajar tentang autophagy”
"macam best je bunyinya tu, apa sebenarnya autophagy ni?"

Autophagy



“Autophagy ialah proses sel badan kita lupuskan komponen yang dah tidak elok dan yang tidak berfungsi”
"ok, kalau ada proses tu, apa yang bagusnya?"
“Bila autophagy berlaku, semua sel akan berfungsi dengan lebih baik. Fungsi badan bertambah baik. Badan rasa lebih sihat”
"Emmmmm...cuba bagi contoh?”
“Bayangkan kereta buruk, semua spare part buruk, mudah rosak.. Makin lama makin teruk kereta tu kan? Kalau tak ganti spare part yang teruk tu, agak-agak kereta tu boleh tahan lama tak?”
"eh, takkan!"
“Kan... Tapi bila servis, tukar semua parts yang sudah rosak, ok tak kereta tu?”
"emm kalau tukar oklah kot kan..kadang boleh jadi macam kereta baru kalau tukar! "

“Haaa.. Macam tu lah ibarat nya proses autophagy ni… Sepanjang masa, dalam sel badan kita ada bahagian yang dah tak berfungsi. Jadi proses autophagy ni membuang komponen yang tak elok dalam sel." 
"Hasilnya tinggal yang elok elok sahaja dalam sel kita”
"wah menarik ni. Kalau tak puasa tak berlaku ke?"
“ya proses ni tak berlaku bila kita makan.. Bila badan alami kelaparan sementara berpuasa barulah ia berlaku”
"wah! Macam ni selepas sebulan puasa ni badan pun macam baru lah ya?"

“kalau amalkan pemakanan sihat masa sahur dan berbuka... In shaa Allah... Semakin sihat lah menjelang Aidilfitri nanti.. Ibarat baru...”

"errr.. Tapi kalau makanan banyak banyak time raya nanti macam mana?"
“Makanlah berpada pada raikan undangan. Tapi jangan lupa puasa 6!”

P.s. Apabila proses autophagy ini tidak berlaku, mudah sangat untuk badan dapat penyakit, terutamanya penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, osteoarthritis dll.
Alhamdulillah bulan Ramadhan penuh berkat pada tahun ni saya belajar satu ilmu yang sangat bermakna.. Ia buat saya lebih hargai setiap hari berpuasa dengan penuh lapar dan dahaga…


Bila faham autophagy ni baru tahu badan kita rupanya sedang diproses agar jadi ibarat baru .. apabila tiba hari raya, badan sudah lalui proses menjadi seolah olah baru, kembali kepada fitrah..sesuai dengan nama.. hari raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri dari Team Comfy Cosy

Jemput layari https://www.comfycosy.com.my/ :) 


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah

Bolehkah Lelaki Pakai Baju Sutera?

Ini Kisah Batik Sutera  Semalam saya pergi survey ke salah satu kedai pengeluar batik yang terkenal di Terengganu.  Jauh juga perjalanan nak ke sana. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah kami. Saya cari lokasi ni dari google, jumpa Fb Page. Lihat alamat di situ dan lokasi yang diberikan. Rupanya alamat tersebut menghantar kami ke rumah mereka. Saya cuba lagi cari alamat, Alhamdulillah akhirnya bertemu juga. Kami tiba kira kira jam 6.15 petang. Rupanya kedai ini biasanya ditutup jam 5 petang. Tetapi hari tersebut mereka tutup lambat kerana ada customer yang datang buat tempahan. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat bertemu dengan Puan pengusaha kedai ini. (biasanya Cuma staff sahaja yang jaga kedai).. lega rasanya selepas datang dari jauh bersama sama anak-anak kecil.   Kisah di Kedai Saya terus masuk ke kedai. Saya, "saya berminat nak tengok batik sutera " Pengusaha, "Sutera... lelaki tak boleh pakai ya, saya kena beritahu ni.. JAKIM baru kelua