Skip to main content

Betul Ke Poster Penting Dalam Perniagaan ?

Poster 
Poster ? bila dengar poster apa yang selalu terbayang-bayang di ruang fikiran kita ? Bagi saya poster ini hanya untuk memberitahu informasi terkini. Nak tahu lebih detail lagi ayuh kita lihat apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan poster ini.  



"Poster merupakan salah satu media penerbitan yang terdiri atas tulisan, gambar ataupun gabungan antara keduanya dengan tujuan memberikan maklumat kepada khalayak ramai. Poster biasanya dipasang ditempat-tempat umum yang dinilai strategik seperti sekolah, pejabat, pasar, mall dan tempat-tempat keramaian lainnya. Maklumat yang ada pada poster umumnya bersifat mengajak masyarakat."


Sumber :Seputar poster


Poster yang baik dan bagus memainkan peranan yang paling penting dalam sesuatu business. Nak tahu kenapa ? Sebabnya poster merupakan alat untuk mempromosikan atau bahasa mudah untuk tujuan pengiklanan sesuatu produk bagi satu-satu perniagaan.  

Kenapa Poster Ini penting ?

Poster ini penting kerana poster adalah medium perantaran maklumat bagi sesebuah perniagaan. Jika kita boleh lihat company-company yang besar menggunakan poster untuk mempromosikan produk-produk diorang. Menggunakan poster membolehkan pelangan-pelangan mendapatkan informasi-informasi yang berkaitan dengan satu-satu produk itu. Poster juga amat besar manfaatnya dalam industri perniagaan untuk mempromosikan sesuatu produk satu-satu perniagaan.   

Bagaimanakah Poster Yang Baik ?


Poster yang baik adalah yang jelas akan tulisannya. Hal ini kerana tulisan yang jelas akan memberikan impact yang baik kepada si pembaca. Selain itu, warna untuk poster mestilah menarik agar si pembaca menarik untuk membacanya. Disyorkan menggunakan warna yang lembut-lembut atau warna pastel agar dapat memberi ketenangan kepada si pembaca. Warna amat memainkan peranan yang penting dalam penghasilan sesuatu poster yang menarik.  





Ini merupakan salah satu poster yang menarik dan boleh kita guna pakai dalam untuk mempromosikan satu-satu produk.  

Untuk menghasilkan satu-satu poster mestilah menggunakan tools yang ada bukan? Sekarang di zaman teknologi canggih begitu banyak tools yang boleh kita guna untuk membuat poster. Antaranya adalah piscArt , Photogrip, Snapseed dan pelbagai lagi. Tapi setiap tools ni berbeza cara untuk menggunakannya. 


 Tutorial Menggunakan App Photogrip 


1. Kena download app photogrip  

 

2. Selepas install photogrip ini kita akan keluar macam gambar di bawah  


Terdapat 3 menu pada gambar ini iaitu grid , edit dan pattern. Grid adalah untuk masukkan gambar yang banyak dalam satu halaman..Edit semua orang tahu bukan untuk mengedit lah. Pattern pun sama lah. Saya nak tunjukkan macam mana kita nak gunakan apps ini.  



Untuk hasilkan gambar seperti diatas ini ,first kita pilih GRID kat menu depan sekali. Selepas klip grid ,akan terus ke album /photo kita dan then kita boleh pilih gambar mana-mana. Selesai memilih gambar klip next untuk seterusnya. 


Ini antara menu-menu yang ada pada apps photogrid ini.  


 

Apabila kita klip menu sticker akan keluar sticker-sticker dalam gambar. Banyak pilihan nanti kita lah yang buat pemilihan itu. 




 Apabila kita klip button layout, keluarkan design layout dan kita boleh pilih mengikut design yang kita suka. 

 

Ini pula ada untuk tambah text. Macam saya buat kat atas tu , saya tambah text comfy cosy. Hanya klip text maka akan keluarkan seperti dalam gambar. Boleh pilih font dan warna yang hendak digunakan.

Ini pula adalah untuk background kat belakang gambar. Banyak pilihan kita boleh buat. 


Taraan ini salah satu contoh saya menggunakan photogrip. 


Sampai setakat ini dulu  yee korang sampai bertemu lagi.. 

Salam Sayang , 

Reen

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah

Bolehkah Lelaki Pakai Baju Sutera?

Ini Kisah Batik Sutera  Semalam saya pergi survey ke salah satu kedai pengeluar batik yang terkenal di Terengganu.  Jauh juga perjalanan nak ke sana. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah kami. Saya cari lokasi ni dari google, jumpa Fb Page. Lihat alamat di situ dan lokasi yang diberikan. Rupanya alamat tersebut menghantar kami ke rumah mereka. Saya cuba lagi cari alamat, Alhamdulillah akhirnya bertemu juga. Kami tiba kira kira jam 6.15 petang. Rupanya kedai ini biasanya ditutup jam 5 petang. Tetapi hari tersebut mereka tutup lambat kerana ada customer yang datang buat tempahan. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat bertemu dengan Puan pengusaha kedai ini. (biasanya Cuma staff sahaja yang jaga kedai).. lega rasanya selepas datang dari jauh bersama sama anak-anak kecil.   Kisah di Kedai Saya terus masuk ke kedai. Saya, "saya berminat nak tengok batik sutera " Pengusaha, "Sutera... lelaki tak boleh pakai ya, saya kena beritahu ni.. JAKIM baru kelua