Badan gempal dan tinggi Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda. Badan kurus dan rendah Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda. Badan kurus dan tinggi Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besa