Ramai diantara kita tidak ambil berat tentang penjagaan kain cotton Comfy Cosy. Penjagaan kain cotton tidaklah susah seperti kain silk. Jika kita abaikan mungkin kain cotton akan tidak tahan lama. Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua cara-cara penjagaan kain cotton untuk tahan lama dan warna kekal cantik tidak luntur.
- Sebelum dihantar ke ‘tailor’ untuk tempahan anda dinasihatkan membuat basuhan pertama ke atas fabrik / kain cotton terlebih dahulu. Ini kerana fabrik cotton anda akan ‘mengecut’ (shrink) sedikit selepas basuhan awal. Untuk mengelakkan ukuran baju kita tak sama anda adalah digalakkan berbuat demikian.
- Elak menggunakan ‘bleach’ atau ‘chemical’ lain selain daripada detergent anda. Pelembut fabrik (softener) mungkin juga akan mengurangkan pernafasan fabrik / kain cotton anda.
- Anda boleh basuh fabrik / kain cotton dengan tangan atau dengan washing machine dengan air sejuk atau suam. Kalau boleh basuh berasingan dengan fabrik / kain cotton warna yang lain. (jika nak kekalkan warnanya).
- Bila menjemur elakkan dari jemur di bawah sinaran matahari yang terik. Kalau guna ‘dryer’, jangan terlalu lama dan sebaik-baiknya lipat atau gantung kain lepas guna ‘dryer’. Jangan campak dalam bakul selepas guna ‘dryer’ dan biar terlalu lama, nanti mudah berkedut.
- Sebaiknya terbalikkan baju (inside-out) sebelum basuh dalam washing machine.
Dapatkan kain cotton kami dengan melayari web www.comfycosy.com.my
Comments
Post a Comment