Skip to main content

Comfy Cosy Booth Sale



Siapa tahu dimana masjid ini terletak ? Orang terengganu mesti tahu kan dimana masjid ini terletak kan. 

Haaa, betul ini adalah masjid ladang yang terletak di Kuala Terengganu bersebelahan dengan hospital besar sultanah nur zahirah kuala terengganu. 

Comfy Cosy Booth Sale 

Apa comfy cosy buat di masjid ladang ?  
Haa, meh nak bagitahu masa ni comfy cosy ada buka booth di masjid ladang sempena program Mahligai Sakinah. Kami buka booth dari pukul 9 pagi hingga tengahari. 

Ini merupakan booth kali kedua comfy cosy buka di kuala terengganu.  


Cerita Aku dan Masjid Ladang

Apabila diberitahu akan buka booth di Masjid Ladang terus terfikir dekat mana yee masjid ladang tu? Nama tu memang familiarlah bagi aku cuma masjid aku tak pernah pergi lagi. Aku cuba bertanya kepada Kak Safiya : 

Aku : kak kat mana yee masjid tu , akak boleh bagi peta x? 
Kak Safiya : Alaa reen tahunye tempat ni , nanti mesti reen akan bagitahu macam ni " Tempat ni rupannya". 
Aku : Hmmm... 

Malam tu aku buat preparation awal sebab takut tersesat lop esok. Jadi aku mind-set untuk gerak lebih awl lebih selamat memandangkan aku dok kenal tempat itu. Malam itu aku prepare baju yang akan dipakai esok pagi , aku iron siap-siap biar dok kelam kebut esok. Aku ni doh lah jenis lambat bersiap tapi bukan bersiap tu maksud dia mekap tau. Dok mekap sangat pun , apa orang kata natural beauty lebih baik. 

Pagi tu , aku bersiap awal dan mengikut apa yang dirancang. Masa tu aku sudah terbayang-bayang masjid tu cuma samar-samar lagi di bayangan. Sampai ditengah jalan Kak safiya wasap untuk bagitahu bahawa dia gerak dulu apa aku dan mintak aku datang umah dia untuk ambil sedikit barang untuk dibawa untuk jualan di booth. 

Mula-mula memang ingat nak follow kak safiya je gi ke masjid ladang tapi masa tu kak safiya bertolak lebih awal lagi. Jadi bermula pegembaraan aku mencari masjid ladang dan dalam hati berdoa agar Allah mudahkan urusan.

Tepat pada pukul 8.30 pagi aku tiba di area hospital besar kuala terengganu , masa di area tu mata aku sibuk melilau mencari signboard masjid ladang, cari punya cari tak jumpa -jumpa pun signboard masjid tu. Apa lagi aku ikotkan firasat aku je lah. Masa tu aku berhenti betul-betul dihadapan sebuah tempat tapi masa tu dok tahu lah lak yang tempat aku parking tu adalah ruangan masjid ladang.

Masa tu firasat aku mengatakan tempat itu lah masjid ladang tapi aku buat dok endah je, aku cari lagi tempat tu sampaikan beberapa kaling pusing bulatan batu bersurat. Last-last kak safiya call dan dia bagi maps , aku terus ikot map tu tapi tetap salah juga. Last-last aku col kak safiya tanya , rupanya betul lah firasat aku tempat yang aku parking tulah masjid ladang rupanya.

Bukan main lagi aku pusing-pusing rupanya dekat je tempat nya dan betul lah kak safiya bagitahu nanti reen akan kata tempat ni rupanya.Perkataan tu juga yang keluar dari mulut aku tadi.

Sampai je masjid ladang aku terus pungah barang yang dibawa ke tapak booth , tengah-tengah menyusun kain di rak datanglah sekumpulan mak cik-mak cik yang baru keluar dewan datang serbu booth comfy cosy.Masa tu dok sempat lagi nak kemas pakat campak-campak je atas meja. Tapi tengok diorang excited lihat kain terus melayan diorang ni. Saat tu memang tak cukup tangan lah sebab yang datang ni sekumpulan mak cik-mak cik dan mak cik-mak cik ni memang banyak bertanya lah. Tak sempat nak layan sangat sebab ramai sangat yang bertanya sampai kan terbelit lidah nk menjawabnya.

Alhmdulilah , masa tu ada ramai yang membeli kain dari comfy cosy dan yang paling penting ramai yang da kenal brand kami Comfy Cosy.


Jangan lupa tau , Ingat kain pasang ingt comfy cosy :)



Comments

Popular posts from this blog

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Ju...

Kain Hibarah Pakaian Paling Disukai Rasulullah

Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Basysyar, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Mu`az bin Hisyam, dia berkata: Telah bercerita kepada saya bapa saya, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik, dia berkata: Pakaian yang paling disukaï Rasuli Llah memakainya ialah kain hibarah. Syarah Adou_Fr: Hadis ini merakamkan penjelasan Anas bin Malik tentang kebiasaan pakaian Nabi, yang disebut sebagai pakaian yang Nabi paling suka memakainya, dan pakaian itu ialah kain hibarah. Dalam persoalan pakaian, seseorang itu dikira menyukai sesuatu pakaian apabila dia sering memakainya, sama ada dia menyedarinya atau tidak. Ramai lelaki, apabila ditanya tentang hal ini, dia tidak menyedarinya. Ramai lelaki tidak menyedari warna kegemarannya, atau pakaian kesukaannya. Namun, dalam kehidupan seharian, apabila diperhatikan, lelaki itu biasanya akan memakai satu jenis pakaian yang sama, atau satu warna yang sama. Berbeza dengan wanita, apabila dia menyebut bahawa dia menyukaï sesuatu pak...