Skip to main content

5 Tips Penjagaan Kain Cotton Comfy Cosy


Ramai diantara kita tidak ambil berat tentang penjagaan kain cotton Comfy Cosy. Penjagaan kain cotton tidaklah susah seperti kain silk. Jika kita abaikan mungkin kain cotton akan tidak tahan lama. Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua cara-cara penjagaan kain cotton untuk tahan lama dan warna kekal cantik tidak luntur.
  1. Sebelum dihantar ke ‘tailor’ untuk tempahan anda dinasihatkan membuat basuhan pertama ke atas fabrik / kain cotton terlebih dahulu. Ini kerana fabrik cotton anda akan ‘mengecut’ (shrink) sedikit selepas basuhan awal. Untuk mengelakkan ukuran baju kita tak sama anda adalah digalakkan berbuat demikian.
  2. Elak menggunakan ‘bleach’ atau ‘chemical’ lain selain daripada detergent anda. Pelembut fabrik (softener) mungkin juga akan mengurangkan pernafasan fabrik / kain cotton anda.
  3. Anda boleh basuh fabrik / kain cotton dengan tangan atau dengan washing machine dengan air sejuk atau suam. Kalau boleh basuh berasingan dengan fabrik / kain cotton warna yang lain. (jika nak kekalkan warnanya).
  4. Bila menjemur elakkan dari jemur di bawah sinaran matahari yang terik. Kalau guna ‘dryer’, jangan terlalu lama dan sebaik-baiknya lipat atau gantung kain lepas guna ‘dryer’. Jangan campak dalam bakul selepas guna ‘dryer’ dan biar terlalu lama, nanti mudah berkedut.
  5. Sebaiknya terbalikkan baju (inside-out) sebelum basuh dalam washing machine.
Lepas nie boleh cuba amalkan. Insha allah kain cotton kita akan tahan lama dan kekal cantik 🙂
Dapatkan kain cotton kami dengan melayari web www.comfycosy.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Ju...

Kain Hibarah Pakaian Paling Disukai Rasulullah

Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Basysyar, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Mu`az bin Hisyam, dia berkata: Telah bercerita kepada saya bapa saya, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik, dia berkata: Pakaian yang paling disukaï Rasuli Llah memakainya ialah kain hibarah. Syarah Adou_Fr: Hadis ini merakamkan penjelasan Anas bin Malik tentang kebiasaan pakaian Nabi, yang disebut sebagai pakaian yang Nabi paling suka memakainya, dan pakaian itu ialah kain hibarah. Dalam persoalan pakaian, seseorang itu dikira menyukai sesuatu pakaian apabila dia sering memakainya, sama ada dia menyedarinya atau tidak. Ramai lelaki, apabila ditanya tentang hal ini, dia tidak menyedarinya. Ramai lelaki tidak menyedari warna kegemarannya, atau pakaian kesukaannya. Namun, dalam kehidupan seharian, apabila diperhatikan, lelaki itu biasanya akan memakai satu jenis pakaian yang sama, atau satu warna yang sama. Berbeza dengan wanita, apabila dia menyebut bahawa dia menyukaï sesuatu pak...