Skip to main content

Tips Penjagaan Sutera Supaya Tahan Lama


Sutera, secara semula jadinya adalah fiber yang kuat dan keseriannya mampu bertahan lama jika tepat cara jagaannya. Sesetengah sutera hanya boleh dicuci kering sahaja, akan pudar atau mengecut jika dicuci tangan.Manakala ada juga yang boleh di cuci tangan tetapi perlu dengan berhati-hati.

Pada post kali ini, kami ingin berkongsi cara jagaan kain sutera anda supaya ia kekal ekslusif seperti baru di beli.


 

CARA BASUHAN TANGAN UNTUK SUTERA


  • Gunakan sabun khas untuk pakaian sutera (sabun organik atau yang tidak pekat), dan bekas basuhan yang bersih.
  • Gosokkan kain 3-4 minit dengan perlahan-lahan.
  • Jangan sental atau perah kain anda.
  • Basuh kain tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan sabun.
  • Campurkan separuh penutup cuka putih dengan satu besin air, dan gunakannya untuk membilas kain sutera anda.

Selain untuk memasak, cuka putih juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian.
Tips

  • Jangan sesekali menggunakan peluntur.
  • Jika tiada pencuci baju yang sesuai, anda juga boleh gunakan syampu bayi.
  • Campurkan setitis kondisioner kepada air bilasan untuk menyuburkan fiber sutera.
  • Jika terdapat kotoran, gosok dengan perlahan-lahan kawasan yang terkesan,basuh dan keringkan secepat mungkin.

CARA MENGERINGKAN KAIN SUTERA

  • Hamparkan kain sutera anda di atas sehelai tuala.
  • Gulung tuala tersebut untuk mengeringkan baki air yang ada.
  • Jemur kain sutera anda menggunakan penyangkut yang tahan karat, di tempat yang kering dan sejuk.
Tips
  • Jangan sesekali memerah kain sutera.
  • Jangan menggunakan mesin pengering kerana suhu panas boleh merosakkan kain.
  • Jangan menjemur kain sutera di bawah cahaya matahari secara langsung kerana ia boleh memudarkan warna kain.

CARA MENYETERIKA KAIN SUTERA

  • Gosok kain sutera sementara iamasih lembap, atau belum kering sepenuhnya.
  • Alaskan sehelai kain diatas kain sutera tersebut.
  • Setkan seterika pada set 'sutera' atau pada suhu rendah.
  • Atau mudahnya, anda boleh menggunakan seterika berwap/steam iron

CARA MENYIMPAN KAIN SUTERA

  • Keringkan kain sutera.
  • Gantungkan kain sutera di dalam sarung kain kapas, di tempat yang sejuk dan kering, dan jauhkan dari cahaya matahari.
  • Jangan simpan kain sutera anda di dalam bekas pakaian plastik.
Arahan jagaan sutera pada label baju - contoh.

Nampak susah bukan untuk menjaga sutera? Tetapi anda pasti tidak akan menyesal dengan hasilnya!
------------------------------
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami di pautan ini;

SHOP
Abs Textile: Comfy Cosy


Comments

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah

Bolehkah Lelaki Pakai Baju Sutera?

Ini Kisah Batik Sutera  Semalam saya pergi survey ke salah satu kedai pengeluar batik yang terkenal di Terengganu.  Jauh juga perjalanan nak ke sana. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah kami. Saya cari lokasi ni dari google, jumpa Fb Page. Lihat alamat di situ dan lokasi yang diberikan. Rupanya alamat tersebut menghantar kami ke rumah mereka. Saya cuba lagi cari alamat, Alhamdulillah akhirnya bertemu juga. Kami tiba kira kira jam 6.15 petang. Rupanya kedai ini biasanya ditutup jam 5 petang. Tetapi hari tersebut mereka tutup lambat kerana ada customer yang datang buat tempahan. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat bertemu dengan Puan pengusaha kedai ini. (biasanya Cuma staff sahaja yang jaga kedai).. lega rasanya selepas datang dari jauh bersama sama anak-anak kecil.   Kisah di Kedai Saya terus masuk ke kedai. Saya, "saya berminat nak tengok batik sutera " Pengusaha, "Sutera... lelaki tak boleh pakai ya, saya kena beritahu ni.. JAKIM baru kelua