Skip to main content

Kain Sintetik Cemarkan Alam Sekitar?

Kain telah menjadi keperluan sejak awal penciptaan manusia dan kini menjadi aset penting dalam kehidupan seharian kita. Secara umumnya, jenis kain boleh dibahagikan kepada dua berdasarkan asal pembuatannya; samaada dari bahan semulajadi ataupun sintetik.

Pada awalnya, kain sintetik dicipta adalah untuk menambah baik gentian semula jadi yang berasal dari tumbuhan dan haiwan, menjadikannya tahan lasak dan tahan lebih lama. Contoh gentian sintetik adalah seperti nilon, akrilik dan poliester.

Contoh-contoh gentian sintetik
Tidak dinafikan, banyak faedah yang kita perolehi daripada gentian sintetik. Selain yang disebutkan di atas, ia juga menjadikan kain kalis air, kalis kotoran. Tambahan lagi, ianya juga mudah menyerap pewarna, menjadikannya berwarna-warni dan cantik terang.
Baju sejuk berasaskan akrilik.
Jaket dari nilon.
Walaubagaimanapun, kemudaratannya lebih besar dari faedah yang kita perolehi.
Gentian sintetik adalah antara racun untuk hidupan laut dan akan memusnahkan rantai makanan dalam jangka masa panjang. 
Seorang profesor dari State University of New York Fredonia, Sherri Mason menjumpai gentian microfiber sintetik di sepanjang salur makanan ikan-ikan dari Great Lakes. Manakala dalam kajian yang lain pula mendapati microfiber (benang-benang halus yang terurai dari kain sintetik) ditemui banyak di sepanjang pantai dimana bahan kumbahan dilepaskan.

Dalam satu kajian lain oleh penyelidik dari University of California mendapati, secara purata, sehelai jaket bergentian sintetik mengurai sehingga 1.7g microfiber pada setiap basuhan. Dan berat ini boleh bertambah dengan pakaian lama.
Microfiber ini kemudiannya akan terkumpul di pusat kumbahan, dan hampir 40% akan seterusnya berakhir di sungai, tasik dan lautan. 
Gentian plastik halus ditemui dalam sampel air dari Blue Hill Bay, Teluk Maine.
Bayangkan berapa banyak microfiber yang akan terkumpul di lautan, yang bukan sahaja akan merosakkan persekitaran, malah menjadi makanan beracun kepada hidupan laut. Bukan sahaja hidupan laut  akan menghadapi risiko untuk mati dalam skala yang besar, manusia juga turut merasa kesannya kerana salah satu sumber makanan kita adalah hidupan laut itu sendiri.

Oleh sebab itu, sempena Earth Day 2017 pada 22 April ini, kami ingin mengajak anda untuk memelihara alam sekitar dengan memilih untuk bertukar kepada kain atau material berasaskan bahan semula jadi seperti kain kapas, kain bulu dan sutera.

Perubahan yang besar bermula dari langkah yang kecil.

Sumber rujukan;

How your clothes are poisoning our oceans and food supply.

SHOP
Abs Textile: Comfy Cosy


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Jadual Anggaran Belian Kain Pasang

Untuk Sepasang Baju berapa Meter Diperlukan ? "Biasa kalau nak buat sepasang baju kurung atau sepasang baju melayu kainnya berapa meter diperlukan ?" Itulah soalan yang biasa kami dengar dari customer kami. Betul da nak tahu kena lah tanya baru tahu bukan? hehehe Untuk mudahkan semua , saya sediakan satu jadual senang untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran berapa-berapa meter diperlukan . Berikut merupakan jadual untuk tuan / puan lihat sendiri dan senang untuk membuat anggaran semasa membeli kain pasang. KAIN BIDANG 60  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Baju Kurung 3 Meter 3.25 Meter 3.5 Meter Blouse 1.5 Meter 1.75 Meter 2 Meter   KAIN BIDANG 45  JENIS FESYEN KAIN YANG DIPERLUKAN XS – M L XL Dress / Jubah

Bolehkah Lelaki Pakai Baju Sutera?

Ini Kisah Batik Sutera  Semalam saya pergi survey ke salah satu kedai pengeluar batik yang terkenal di Terengganu.  Jauh juga perjalanan nak ke sana. Kira-kira sejam perjalanan dari rumah kami. Saya cari lokasi ni dari google, jumpa Fb Page. Lihat alamat di situ dan lokasi yang diberikan. Rupanya alamat tersebut menghantar kami ke rumah mereka. Saya cuba lagi cari alamat, Alhamdulillah akhirnya bertemu juga. Kami tiba kira kira jam 6.15 petang. Rupanya kedai ini biasanya ditutup jam 5 petang. Tetapi hari tersebut mereka tutup lambat kerana ada customer yang datang buat tempahan. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat bertemu dengan Puan pengusaha kedai ini. (biasanya Cuma staff sahaja yang jaga kedai).. lega rasanya selepas datang dari jauh bersama sama anak-anak kecil.   Kisah di Kedai Saya terus masuk ke kedai. Saya, "saya berminat nak tengok batik sutera " Pengusaha, "Sutera... lelaki tak boleh pakai ya, saya kena beritahu ni.. JAKIM baru kelua