Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Tips Memilih Warna Pakaian Berdasarkan Bentuk Badan

Badan gempal dan tinggi Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda. Badan kurus dan rendah Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda. Badan kurus dan tinggi Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besa

Berapa Meter Kain Untuk Buat Baju?

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Pening juga ya kalau nak ukur anggaran kain untuk buat baju, baru sorang..belum untuk suami, anak-anak lagi...hmmm....Tak perlu pening-pening kepala lagi untuk ukur guna pembaris atau tanya para tukang jahit yang kadang-kadang sama pening juga bila anda nak beli kain untuk buat baju. Saya beri anda 'panadol' nya..hehe..ambil calculator kira je..semoga dapat membantu anda semua.

Kain Hibarah Pakaian Paling Disukai Rasulullah

Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Basysyar, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Mu`az bin Hisyam, dia berkata: Telah bercerita kepada saya bapa saya, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik, dia berkata: Pakaian yang paling disukaï Rasuli Llah memakainya ialah kain hibarah. Syarah Adou_Fr: Hadis ini merakamkan penjelasan Anas bin Malik tentang kebiasaan pakaian Nabi, yang disebut sebagai pakaian yang Nabi paling suka memakainya, dan pakaian itu ialah kain hibarah. Dalam persoalan pakaian, seseorang itu dikira menyukai sesuatu pakaian apabila dia sering memakainya, sama ada dia menyedarinya atau tidak. Ramai lelaki, apabila ditanya tentang hal ini, dia tidak menyedarinya. Ramai lelaki tidak menyedari warna kegemarannya, atau pakaian kesukaannya. Namun, dalam kehidupan seharian, apabila diperhatikan, lelaki itu biasanya akan memakai satu jenis pakaian yang sama, atau satu warna yang sama. Berbeza dengan wanita, apabila dia menyebut bahawa dia menyukaï sesuatu pak

Comfy Cosy Booth Sale

Siapa tahu dimana masjid ini terletak ? Orang terengganu mesti tahu kan dimana masjid ini terletak kan.  Haaa, betul ini adalah masjid ladang yang terletak di Kuala Terengganu bersebelahan dengan hospital besar sultanah nur zahirah kuala terengganu.  Comfy Cosy Booth Sale  Apa comfy cosy buat di masjid ladang ?   Haa, meh nak bagitahu masa ni comfy cosy ada buka booth di masjid ladang sempena program Mahligai Sakinah. Kami buka booth dari pukul 9 pagi hingga tengahari.  Ini merupakan booth kali kedua comfy cosy buka di kuala terengganu.   Cerita Aku dan Masjid Ladang Apabila diberitahu akan buka booth di Masjid Ladang terus terfikir dekat mana yee masjid ladang tu? Nama tu memang familiarlah bagi aku cuma masjid aku tak pernah pergi lagi. Aku cuba bertanya kepada Kak Safiya :  Aku : kak kat mana yee masjid tu , akak boleh bagi peta x?  Kak Safiya : Alaa reen tahunye tempat ni , nanti mesti reen akan bagitahu macam ni " Tempat ni rupannya".  Aku :